PETALING JAYA: Sebuah helikopter persendirian jenis R66 Turbine hari ini terpaksa melakukan pendaratan cemas di sebuah kawasan lapang di Zon Perdagangan Bebas Pelabuhan Klang (PKFZ) Pulau Indah, Pelabuhan Klang.
Dalam kenyataan dikeluarkan Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor, kejadian yang berlaku pada pagi ini turut menyebabkan pemandu helikopter serta pembantunya cedera ringan dan menerima rawatan ambulans di Pelabuhan Barat.
“Tidak ada kebakaran yang berlaku,” katanya.
Pengarahnya Norazam Khamis berkata, dalam kejadian pada kira-kira 10 pagi itu, juruterbang helikopter persendirian itu, Kharudin Dahlan, 73 dan pembantunya Moithu Kutti Mohamad, 53, hanya mengalami kecederaan di tangan kiri dan luka-luka kecil.
“Ketika anggota kami tiba di kawasan kejadian, kedua-dua mangsa dibawa keluar oleh orang awam dan sedang menerima rawatan oleh anggota perubatan Pelabuhan Barat,” katanya.
Norazam berkata, helikopter ringan dua tempat duduk itu dipercayai terhempas ketika cuba melakukan pendaratan cemas di kawasan lapang di situ.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan