Khamis, 21 Januari 2021

Empat warga asing terlibat judi dalam talian ditahan

Afiezy Azaman
Empat warga asing terlibat judi dalam talian ditahan
Antara barangan dirampas dalam serbuan. -PDRM
 
KUALA LUMPUR: Polis menahan empat warga asing terlibat dalam sindiket perjudian dalam talian di sebuah kondominium di Kuchai Entrepreneurs Park, ibu negara.
 
Menurut Ketua Polis Daerah Brickfields, Asisten Komisioner Anuar Omar, serbuan pertama membabitkan penahanan dua lelaki warga China berusia 30 dan 34 tahun.
 
“Kemudian, polis menyerbu pula kediaman lain dan menahan pasangan warga Indonesia berusia 20 dan 22 tahun.
 
“Antara barangan dirampas dalam kedua serbuan termasuk tiga komputer riba, dua modem internet, 21 telefon bimbit dan wang tunai RM55,000,” katanya dalam satu kenyataan, pada lewat malam Rabu.
 
Anuar berkata, hasil siasatan mendapati kesemua suspek disyaki terlibat kes judi dalam talian.
 
Mereka kini ditahan reman mengikut Seksyen 4 (1)(C) Akta judi rumah terbuka 1953 dan seksyen 6(1)(c) Akta Imigresen 1959/63.

Tiada ulasan: