Isnin, 25 Januari 2021

Bilik siasatan jenayah narkotik IPD Timur Laut terbakar

Oleh NOOR HASLIZA NUSI
SEBUAH bilik di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN), Ibu pejabat 
Polis Daerah (IPD) Timur Laut, Georgetown, Pulau Pinang musnah dalam 
kebakaran pagi tadi. - IHSAN BOMBA

GEORGETOWN: Sebuah bilik di Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik (BSJN) di aras empat, Ibu pejabat Polis Daerah (IPD) Timur Laut di sini musnah dalam satu kebakaran pagi tadi.

Kejadian berlaku kira-kira pukul 7.45 pagi itu dilaporkan tidak melibatkan sebarang kecederaan mahupun kemalangan jiwa.

Pegawai Operasi dari Balai Bomba dan Penyelamat Jalan Perak, A’Azelan Hassan berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian berlaku pada pukul 7.55 pagi.

Menurutnya, kebakaran melibatkan bangunan kerajaan Kelas A dengan peratusan kebakaran 40 peratus.

“Api dapat dikawal pada pukul 8.15 pagi tadi dan tiada mangsa yang terlibat dalam kejadian itu.

“Operasi pemadaman juga turut dibantu anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Paya Terubong dan Lebuh pantai,” katanya di sini hari ini. – UTUSAN ONLINE

Tiada ulasan: