Isnin, 4 Januari 2021

Banjir: Jenazah dibawa pulang dengan bot

Oleh MOHAMAD SHOFI MAT ISA
JENAZAH Azudin Ali dibawa pulang dengan menaiki bot kerana Jalan 
Persekutuan Bandar Jengka-Felda Ulu Jempul yang merupakan laluan 
utama ke rumah arwah dinaiki air.

MARAN: Jenazah seorang lelaki di Felda Jengka 3 di sini terpaksa dibawa menaiki bot selepas jalan utama menghubungkan kediamannya terputus ekoran banjir. 

Difahamkan, Allahyarham Azudin Ali meninggal dunia di Hospital Bandar Jengka di sini pada pukul 6 pagi hari ini.

Difahamkan, jenazah bekas imam Masjid Jengka 3 tersebut terpaksa dibawa pulang menggunakan bot kerana Jalan Persekutuan Bandar Jengka- Felda Ulu Jempul dinaiki air.

Sebelum itu, urusan membawa pulang jenazah agak berbahaya ekoran arus air yang deras.

Jenazah bagaimanapun berjaya dibawa pulang ke kediamannya dan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Jengka 3 selepas Asar. – UTUSAN

Tiada ulasan: