KUALA LUMPUR – Nama Natasha Hudson panas sejak petang semalam selepas menggayakan busana rona putih rekaan Rizman Ruzaini yang menampakkan seolah olah sebahagian bahu kanannya.
Malah ada yang beranggapan busana yang digayakan pada sidang media pelancaran produk Crystal C White di Menara KL itu tidak sesuai dengan imej nya bertudung.
“Busana ini disediakan pengasas produk ini, Datin Reena Zach. Ia berlapik kain berwarna kulit (nude) sebenarnya. Saya hanya mengikut tema majlis saja yang turut ada unsur glam.
“Saya pun sebenarnya bukan memakai gaun sebegini sepanjang masa. Saya hanya memakainya saja dan tak rasa ia keterlaluan. Saya pun tak ada masalah dengan gaun itu.
“Saya tak salahkan sesiapa dan tak ambil peduli hal orang. Mereka nak cakap apa … lantaklah,” katanya yang menjadi wajah wakilan produk berkenaan.
Menurut ibu tunggal kepada tiga anak ini, dia mempunyai pilihan busana lain.
“Ada baju lain yang labuh kainnya dan tak sesuai untuk bergerak. Gaun yang saya pakai ini lebih memudahkan saya dan lebih santai.
“Cuma biasalah mata netizen yang akan melihat sudut menampakkan bahu itu sebagai hal besar.
“Saya harap tak perlulah diperbesarkan perkara itu lagi,” katanya.
Dalam perkembangan lain, Natasha sepatutnya membintangi sebuah filem dari Indonesia tahun lalu.
“Saya sempat ke Indonesia membina rangkaian semula di sana. Penggambaran filem itu sepatutnya dilakukan di Semporna, Sabah. Tapi kerana masalah pandemik ia terbantut.
“Harapnya 2021 akan memberi tuah kepada saya dalam soal kerjaya seni,” katanya.
Mengenai komitmen dan tanggungjawab sebagai wajah wakil produk suplemen kulit itu, Natasha mengakui bersyukur diberi peluang dan rezeki berkenaan
“Saya sendiri sudah berbelas tahun rapat dengan orang kuat produk ini (Datin Reena). Jadi ia memudahkan kerjasama ini.
“Produk ini juga membangun dengan pantas dan membantu ramai menjana pendapatan. Kita tahu ramai terkesan di musim pandemik ini,” katanya
Pada majlis pelancaran produk itu, Keith Foo turut diumumkan sebagai duta. – MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan