Khamis, 21 Januari 2021

36 pelajar SPM, STPM positif Covid-19.

Rafiqah Dahali
 
GAMBAR hiasan

Kota Kinabalu: Seramai 36 pelajar disahkan dijangkiti Covid-19 melalui saringan dilakukan terhadap mereka yang bakal menduduki Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dan Sijil Tinggi Persekolahan Malaysia (STPM).

Menteri Kerajaan Tempatan dan Perumahan merangkap Menteri Kewangan II Sabah, Datuk Masidi Manjun berkata, pelajar terbabit adalah mereka yang dibenar kembali ke asrama mulai 16 Januari lalu.

Menurutnya, pelajar terbabit masih boleh meneruskan pembelajaran ketika menjalani tempoh kuarantin.

"Jawatankuasa Pengurusan Bencana Negeri Sabah menyediakan perkhidmatan internet di setiap Pusat Kuarantin dan Rawatan Covid-19 Risiko Rendah (PKRC) di seluruh negeri.

"Pelajar yang menjalani rawatan dan tempoh kuarantin boleh menggunakan perkhidmatan ini untuk menjalankan sesi pembelajaran atas talian," katanya.

Sebelum ini, Pengarah Pendidikan Negeri Sabah, Datuk Dr Mistrine Radin berkata, langkah pencegahan diambil bagi memastikan tiada pelajar yang dijangkiti Covid-19 berada di dalam asrama sekolah.

Tiada ulasan: