Oleh Siti Hafidah Abd Ghaffar
Tubuh badan khas siasat dokumen meragukan untuk setiap individu
BANGI
– Netizen menggesa kerajaan diketuai Tan Sri Muhyiddin Yassin menyusun
strategi bagi menyelesaikan isu pelancong China dan India yang tinggal
lebih masa di negara ini selepas berakhirnya pandemik COVID-19.
Negara pernah dikejutkan dengan
penangkapan 680 warga China yang aktif menjalankan aktiviti sindiket
penipuan pelaburan dalam talian terbesar di Cyberjaya. Kemudian, 87 lagi
ditahan di beberapa unit kondominium di sekitar Setiawalk, Puchong juga
menjalankan skim pelaburan dan perjudian dalam talian.
Selain itu, Jabatan Imigresen Malaysia
juga pernah mengesahkan hampir 95 peratus dari kira-kira 141,000
pelancong India dan China tidak mempunyai rekod kembali ke negara asal
bermula pada tahun 2012 hingga 2016.
Pada 2003, dilaporkan seramai 500,000
pelancong China datang ke negara ini tetapi statistik menunjukkan hanya
315,000 pelancong warganegara itu pulang ke negara asal.
Ia menjadikan baki 175,000 lagi warga China yang berada di negara ini tidak dapat dikesan.
Pengguna media sosial dikenali sebagai
Amir Jalil menyifatkan, perkara itu sebagai merbahaya kepada rakyat
lebih-lebih lagi pada generasi akan datang.
“Janganlah kerana wang ringgit kita gadai bangsa, maruah dan negara kita,” katanya.
Hussin Mardah pula menyifatkan kemasukan komunis dari China dalam negara lebih bahaya dari wabak COVID-19.
Beliau turut menegaskan bahawa kelalaian kerajaan dalam menangani isu itu akan membahayakan kedaulatan negara.
Selain itu, ada juga yang menyarankan
kerajaan menyemak semua rekod pengeluaran kad pengenalan baharu yang
dikeluarkan oleh Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dari 2016 dan
memperkenalkan penggunaan kad pengenalan baharu menggunakan cap jari.
Pada masa sama, netizen juga menggesa
kerajaan menubuhkan badan khas menyiasat dokumen meragukan untuk setiap
individu yang berstatus warganegara Malaysia.
“Siasat dan tangkap, dakwa dan hantar pulang ke negara mereka,” kata Raja Rusli
“Cari, siasat , tangkap dan hantar pulang. Dalang bagi hukuman berat-berat,” demikian pula kata Hj Wahab Mohd
Bahkan netizen dikenali Ross Btrien
mendakwa, isu ini ada kaitan dengan hasrat parti tamak haloba DAP untuk
mengadakan pilihan raya pihak berkuasa tempatan (PBT).
Abdullah Yob turut mempunyai pandangan
sama apabila berkata, inilah agenda DAP, pemimpin PH Melayu dibutakan
dengan pangkat dan harta dan mereka inilah pengkhianat bangsa agama dan
negara kita.
“Saya yakin kerajaan sekarang sedar
dengan kebimbangan rakyat mengenai isu ni. Harap apabila COVID-19 ini
sudah tenang atas izin Allah, kerajaan kena atur strategi untuk isu ni
pula. Pihak 22 bulan tengah sibuk desak supaya mengadakan sidang
Parlimen. Entah apa agenda mereka,” kata Azahar Ali.
September tahun lalu, polis berjaya
membongkar sindiket penjualan MyKad kepada warga China yang didalangi
pegawai Jabatan Pendaftaran Negara (JPN).
Kes itu terbongkar selepas pegawai JIM
membuat laporan polis berikutan permohonan pasport oleh seorang pemegang
MyKad sah, namun pemohon didapati tidak boleh berkomunikasi dalam
bahasa Melayu dipercayai berlaku pada Mei tahun lalu.
Difahamkan, MyKad berkenaan dijual dengan anggaran harga RM100,000 hingga RM600,000.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan