Semasa perancangan kerajaan ini mula-mula diumumkan, kedai gunting telah dibenarkan kembali beroperasi, tetapi ia dibantah hebat dalam media sosial.
Bantahan turut datang daripada persatuan perniagaan tersebut.
Sebenarnya, pemilihan kedai gunting rambut dilakukan kerana mengikut pemantauan terhadap media sosial, ramai pihak yang mengeluh kerana kedai gunting telah tutup.
Hanya kerajaan tidak dapat menilai kualiti perbualan media sosial itu. Apa yang pasti hanyalah kuantiti perbualan itu.
Kerana itu, teknologi perlu juga kepada analisis manusia dan tidak diterima bulat-bulat segala hasil penggunaan teknologi.
Kemampuan manusia berfikir dan menganalisis data daripada penggunaan teknologi tetap terbukti.
Suka bahasa bombastik
Tapi MITI nak terlibat dengan tukang gunting?
Berbalik kepada apa yang telah saya baca dalam akhbar The Star pagi tadi, saya memang hairan mengapa perniagaan/perusahaan yang mendapat kebenaran daripada kementerian lain masih perlu mendapatkan kelulusan MITI.
Mengapa harus MITI terlibat setelah sesebuah perniagaan/perusahaan mendapat kelulusan kementerian yang relevan bagi perniagaan/perusahaan terbabit?
Bukankah ini menimbulkan pertindihan tanggungjawab mengumpul data, kerana MITI sepatutnya tertumpu kepada sektor industri dan eksport barangan pembuatan.
Mampukah
MITI mengikut kepakaran serta keupayaan kementerian itu untuk mendaftar
dan kemudian memantau kesemua perniagaan/perusahaan yang beribu-ribu
memohon kelulusan untuk beroperasi?
Peranan dan tanggungjawabnya tidak mampu diubah semenjak Azmin menjadi menterinya.
Dah baguslah tu. Tapi mengapa MITI hendak menguasai sektor-sektor ekonomi yang di luar bidang tanggungjawabnya sendiri?
Seolah-olah MITI pula sudah jadi sebuah "super ministry" di bawah seorang tokoh politik yang bombastic.
Kalau itu tujuannya, gabung sahajalah MITI dengan Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Hal Ehwal Pengguna, Kementerian Kerja Raya dan Kementerian Perusahaan Utama.
Dan letakkan dua menteri itu di bawah Azmin dalam satu "super-ministry"! Barulah jelas logiknya. Kalau tidak, ianya pelik.
SHAHRIR SAMAD ialah pemimpin Umno dan bekas ahli parlimen Johor Bahru. Tulisan ini disiarkan lebih awal di Facebook beliau.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan