USAHAWAN kosmetik kontroversi, Nur Sajat meminta maaf kepada semua pihak yang tersinggung berikutan video tular yang memaparkan dirinya bercakap mengenai belum ada pondan terkena wabak Covid-19.
Sajat atau nama sebenarnya Muhammad Sajjad Kamaruz Zaman ketika dihubungi menjelaskan video itu sengaja disunting pihak tidak bertanggungjawab dengan niat membangkitkan kemarahan orang ramai.
“Saya tahu disebabkan video itu ramai marah termasuk ustaz. Jadi, saya minta maaf. Cuma, ingin dijelaskan apa yang ditularkan itu adalah hasil suntingan pihak tidak bertanggungjawab.
“Sebenarnya petikan itu diambil daripada video siaran langsung di Instagram. Saya hanya menjawab soalan netizen yang mengatakan pondan pembawa Corona (Covid-19). Malah, soalan sama ditanya berulang kali yang sengaja nak buat provokasi.
“Jadi, saya jawab kenapa nak kena salahkan gender dalam kes ini. Wabak ini tak kira siapa pun.
Malah, asal wabak ini pun dari mana. Disebabkan pondan, terus cakap nak kata punca. Itu sebab saya cakap tak pernah lagi pondan kena Corona. Tapi, bahagian itu saja yang diambil, sunting dan tularkan,” katanya kepada Harian Metro.
Menurut Sajat, dia tidak pernah lagi membuat video siaran langsung semata-mata nak bercakap mengenai isu itu.
“Bagi yang selalu menonton IG ‘live’ saya mesti tahu dan sedia maklum soalan yang dilemparkan netizen.
“Macam video yang tular ini, saya buat ‘live’ bukan semata-mata nak bercakap isu itu. Kalau betul hanya isu terbabit, kenapa versi pendek saja ditularkan? Kenapa tak letak yang penuh?
“Disebabkan itu, kena tengok versi penuh video baru anda faham,” katanya.
Terdahulu, video yang tular di Internet dan media sosial itu mendapat kecaman daripada pengguna laman sosial.
Sekali gus mendapat teguran daripada pelbagai pihak termasuk penceramah, Ustaz Husam.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan