Polis menahan pemuda berkenaan ketika Sekatan
Jalan Raya (SJR) OP Covid 19 di Seksyen 7, Shah Alam. Gambar kecil:
Antara dadah yang turut dirampas semalam.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, Asisten Komisioner Baharudin Mat Taib berkata, pemuda terbabit ditahan ketika melalui Sekatan Jalan Raya (SJR) OP Covid 19, di Seksyen 7, Shah Alam.
"Pasukan serbuan itu turut menahan seorang perempuan Melayu berumur 25 tahun di dalam rumah tersebut. Hasil pemeriksaan lanjut telah menemui balutan kertas timah mengandungi dedaun kering disyaki dadah jenis ganja, anggaran berat dadah itu 23 gram serta wang tunai berjumlah RM1,600 dan turut ditemui mata wang Dong Vietnam, disyaki hasil jualan dadah," katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Suspek lelaki direman selama tujuh hari mulai hari ini sehingga 21 April dan suspek perempuan ditahan reman selama empat hari mulai hari ini sehingga 18 April bagi membantu siasatan di bawah Seksyen 39 B Akta Dadah Berbahaya (ADB) 1952.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan