PUTRAJAYA: Menteri Kanan
(Kluster Keselamatan), Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob memaklumkan pihak
polis dan Angkatan Tentera Malaysia (ATM) akan ditempatkan di pasar
borong dan pasar basah Selayang berkuat kuasa serta-merta.
Katanya, langkah tersebut diputuskan susulan terdapat aduan bahawa
pengunjung pasar berkenaan masih bersesak-sesak dan tidak mematuhi
arahan penjarakan sosial dalam usaha mencegah penularan COVID-19.
“Keputusan mesyuarat pagi ini
memutuskan supaya kita meletakkan pihak polis dan tentera untuk
memastikan pematuhan di pasar borong dan pasar basah Selayang,” katanya
pada sidang media harian di sini, pada Ahad.
Katanya, isu sama turut dibangkitkan di Pasar air Itam, Pulau Pinang.
“Saya dimaklumkan oleh pihak PDRM (Polis Diraja Malaysia) bahawa pihak
pasar Air Itam telah pun mematuhi perintah dan SOP (prosedur operasi
standard) pihak kementerian dan PDRM,” ujarnya lagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan