Jumaat, 3 April 2020

MKN nafi PKP Tahap Tiga

Mahaizura Abd Malik
 
MESEJ palsu yang tular di media sosial. FOTO Ihsan MKN
 

MAJLIS Keselamatan Negara (MKN) menafikan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) Tahap Tiga akan dilaksanakan bermula 15 April hingga 15 Mei depan.

Dakwaan yang tular di media sosial itu antara tiga berita palsu disahkan Pasukan Respons Pantas Kementerian Komunikasi dan Multimedia Malaysia (KKMM) setakat 7 malam hari ini.

Dalam kenyataan sama, pasukan itu mengesahkan penafian MKN berhubung dakwaan saman tanpa budi bicara sepanjang tempoh PKP dilaksanakan.

Dakwaan itu menyebut saman RM300 dikenakan jika menaiki kereta lebih daripada seorang , RM200 jika tidak memakai penutup hidung dan mulut serta saman RM150 jika keluar 10 malam dan ke atas.

Selain itu, Pejabat Kesihatan Daerah (PKD) Hulu Langat turut menafikan pihaknya mengeluarkan mesej SMS yang memaklumkan seorang penyelia di sebuah stesen petrol Sungai Ramal, Kajang positif Covid-19.

  • Lagi berita berkaitan perintah kawalan pergerakan
  •  
  • Tiada ulasan: