Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah
Jangan terikut-ikut dengan pertubuhan wanita Islam yang difatwakan sesat
KETUA pemuda ultra
kiasu, parti tak tahu malu, menang mengharapkan undi Melayu, berani
berkata, YB Puan Siti Zailah, tidak layak menjadi Timbalan Menteri
Kementerian Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat (KPWKM), hanya
kerana meluahkan pendapatnya mengenai peranan suami isteri ketika
Perintah Kawalan Pergerakan (PKP).
Nasib baik kamu tarik balik kenyataan
itu, setelah mendengar semua apa yang disampaikan oleh Siti Zailah.
Jika tidak, lagi teruk engkau aku kerjakan.
Saya harap kamu ambil pengajaran jika
ingin bersama Perikatan Nasional (PN). Jangan gopoh dan gelojoh.
Sepatutnya kamu fokus kepada cara untuk atasi COVID-19, bukan
terpengaruh dengan pertubuhan yang difatwakan sesat.
Jika tidak, beritahu ketua kamu untuk
angkat kaki.. Kamu kena minta maaf dengan Siti Zailah. Tidak cukup
dengan tarik balik kenyataan,
Apa? Ketua pemuda ultra kiasu ini ingat dia lebih layak duduk di kerusi tersebut untuk dilantik sebagai senator.
Buktikan dulu kamu boleh menang di
kawasan majoriti Cina. Jika tidak boleh, jangan lari ke kawasan majoriti
Melayu untuk bertanding dalam Pilihan Raya Umum (PRU) ke-15 akan
datang. Dasar perempuan tak tahu malu.
Apa kamu tahu tentang kehidupan berumahtangga daripada perspektif Islam? Kamu sudah kahwin ke belum?
Kata ketua pemuda ultra kiasu ini, untuk
berdiam diri terhadap tingkah laku ganas suami tidak boleh diterima.
Betul ke Siti Zailah ada kata sebiji macam itu. Bahasa Melayu pun tidak
boleh difahami secara baik.
Siti Zailah hanya berkata ketika PKP
boleh memberi tekanan kepada keluarga, yang akhirnya menyebabkan masalah
keganasan rumah tangga.
Sit Zailah memberikan tiga tips untuk
meredakan tekanan, termasuk sifat menghargai pasangan, memberi kemaafan
dan ketaatan kepada agama.
Siti Zailah juga berkata mangsa keganasan
rumah tangga perlu menghubungi hotline Talian Kasih kendalian
kementeriannya, untuk mendapatkan bantuan.
Siti Zailah langsung tidak berkata bahawa wanita perlu menerima, bersabar dan memaafkan pasangan yang bertindak ganas.
Malah dipenghujungnya, Siti Zailah
menekankan soal kepentingan Talian Kasih digunakan sepenuhnya jika
apa-apa terjadi kepada kaum wanita (isteri).
Saya meneliti satu per satu bait-bait
ayat yang dilontarkan oleh Siti Zailah, saya tidak nampak ianya
bertentangan dengan konteks hidup berumahtangga.
Apatah lagi jika dilihat daripada perspektif Islam. Kecuali dilihat daripada perspektif bukan Islam yang lebih kepada kebaratan.
Ingatan saya kepada ketua pemuda ultra
kiasu tak sedar diri ini, jika kamu terus terikut-ikut dengan cara badan
bukan kerajaan NGO wanita Islam(SIS) yang difatwakan sesat itu, kamu
akan terima nasib dalam PRU-15 yang akan datang.
Setiap kata-kata kamu tidak ambil dalam
konteks, tetapi kamu lebih melihat teks. Itu menunjukkan betapa jahilnya
kamu dalam memahami kehidupan beragama, sama seperti pertubuhan wanita
Islam yang difatwakan sesat itu.
Mesej tersembunyi bahawa wanita perlu
bersabar, menerima dan memaafkan tingkah laku ganas suami, bermakna
pentingnya kesabaran dalam Islam. Bukan terima sahaja membabi buta.
Sebab itulah Talian Kasih disediakan. Jika tidak Talian Kasih itu buat apa? Untuk siapa kalau bukan lebih kepada wanita?
Jika kamu ketua pemuda ultra kiasu masih belum kawin, mari saya ajar kamu selok-belok hidup berumahtangga dalam Islam.
Bukannya hidup bebas ultra kiasu. Bersama dulu, kahwin kemudian. Terikut-ikut dengan cara hidup Barat.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan