Khamis, 16 April 2020

16 individu ditahan hari pertama PKP fasa ketiga

Polis Kuala Selangor memuat naik kenyataan berhubung penahanan 16 individu melakukan kesalahan PKP fasa ketiga yang bermula semalam.
 

KUALA SELANGOR - Seramai 16 individu ditahan sekitar daerah Kuala Selangor berikutan ingkar arahan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) fasa ketiga semalam.

Kenyataan di Facebook Polis Kuala Selangor memaklumkan, operasi bersepadu Op Covid-19 Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kuala Selangor itu diketuai Ketua Polis Daerah Kuala Selangor, Superintendan Ramli Kasa.

"Individu yang ditahan dikenakan tindakan di bawah Peraturan Pencegahan dan Pengawalan Penyakit Berjangkit kerana ingkar PKP," katanya dalam satu kenyataan malam tadi.

Justeru, kenyataan itu menegaskan, orang ramai diminta mematuhi arahan PKP dalam usaha mencegah penularan wabak Covid-19.

"Bagi individu yang ingkar PKP, (mereka) perlu berdepan tindakan lebih tegas daripada pihak polis," katanya.

Tiada ulasan: