Keprihatinan
Raja Permaisuri Agong Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah terhadap
rakyat sememangnya tidak boleh dinafikan, lebih-lebih dalam situasi
wabak COVID-19 yang melanda negara ketika ini.
"Hari ini saya masak untuk doktor-doktor, jururawat dan petugas di Hospital Sungai Buloh... semoga Allah SWT merahmati dan melindungi mereka yang bertugas untuk negara ku Malaysia ....," titah Raja Permaisuri Agong, menerusi hantaran di Instagram baginda.
Dalam hantaran tersebut, antara menu yang dihasilkan oleh baginda khas untuk petugas di Hospital Sungai Buloh adalah nasi putih, kari ayam, sayur goreng dan telur dadar yang dibungkus rapi dan diedarkan kepada petugas berkenaan.
Manakala nasi goreng 'cheminahsayang' dan sambal tumis bilis serta kek muffin menjadi menu untuk petugas CPRC.
"Nasi goreng cheminahsayang dan sambal tumis bilis... untuk pegawai , doktor dan jururawat bertugas corona di CPRC," titah Baginda.
Pastinya
menerusi hantaran tersebut, mencuit perhatian netizen yang memuji
keprihatinan Tunku Azizah terhadap petugas perubatan, yang telah banyak
berkorban masa dan tenaga bagi merawat pesakit Covid-19.
bayahness: Ampun Tuanku.. Patik selaku warga kerja kesihatan di hospital kawasan Sungai Buloh amat terharu dengan keprihatanan Tuanku.. Junjung kurnia Tuanku... Moga Allah merahmati. You are my idol. Ampun Tuanku.
wan_fary: Beruntung nya staff di Sungai Buloh. Next HTAA tuanku.
the_stories_of_familia: Bangga ada queen macam tuanku.
Tidak
ketinggalan, kemurahan hati Baginda itu mendapat ucapan terima kasih
daripada petugas Hospital Sungai Buloh atas sumbangan Raja Permaisuri
Agong itu kepada mereka.
Respons itu dijawab dengan hantaran terbaru baginda di Instagramnya dengan bertitah: “The least I could do... for the government servants sacrificing their lifes... I salute them.”- Bernama
No comments:
Post a Comment