Pembentukan pentadbiran harus diselesai secara berhati-hati, bijaksana
BANGI
– Persatuan Belia Islam Nasional (Pembina) meminta supaya teras utama
negara –
Perlembagaan, institusi diraja, Melayu dan Islam yang dahulunya
sering kali dicabul, untuk terus dijaga serta dipertahankan oleh
kerajaan baharu.
Ini kerana,
kata Presiden Pembina, Wafiq Azman, penjagaan terhadap prinsip utama ini
merupakan asas kepada keharmonian dan kesejahteraan negara.
“Pembina
meletakkan keyakinan kepada kerajaan yang akan memimpin nanti untuk
menjaga prinsip-prinsip tersebut agar keharmonian yang telah dibina oleh
generasi-generasi terdahulu dapat dikekalkan untuk generasi mendatang,”
katanya dalam satu kenyataan, hari ini.
Pada masa sama, dalam keadaan negara yang mencabar hari ini, Wafiq
berkata, pihaknya berharap agar kepimpinan di bawah Tan Sri Muhyiddin
Yassin dapat menjalankan tanggungjawab sebagai perdana menteri secara
jujur, telus, cekap dan profesional tanpa dipengaruhi kepentingan pihak
tertentu demi rakyat serta negara.
Katanya,
pembentukan pentadbiran kerajaan yang baharu dan ekonomi negara adalah
cabaran pertama yang perlu diselesaikan secara berhati-hati dan
bijaksana.
“Kami
menyokong penuh cadangan Tan Sri untuk melantik anggota jemaah menteri
dari kalangan individu yang bersih, berintegriti dan berkaliber. Perkara
ini penting bagi mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada
kerajaan.“Akhir kata,
kami mendoakan semoga Allah memberikan kekuatan kepada Tan Sri
Muhyiddin Yassin dan pasukannya nanti untuk membawa negara ke arah yang
lebih sejahtera,” katanya.
Walaupun
pelantikan Muhyiddin sebagai Perdana Menteri ke-8 dianggap sebagai
penamat kemelut politik negara, Ahli Parlimen Pagoh itu pada hakikatnya
sedang menggalas cabaran besar untuk ditangani segera.
Tidak hanya
perlu mengembalikan semula kepercayaan rakyat kepada pemerintah, beliau
turut perlu menjadi tunggak utama pengukuhan perpaduan antara parti di
bawah Perikatan Nasional.
No comments:
Post a Comment