Monday, March 23, 2020

20 kes Covid-19 pulih, 212 jangkitan baru

 




PETALING JAYA: Terdapat 20 kes pulih sepenuhnya daripada Covid-19 hari ini, berita baik ketika Kementerian Kesihatan mengumumkan terdapat 212 jangkitan baru setakat 12 tengah hari tadi.

Sehingga kini, 57 kes positif Covid-19 sedang dirawat di Unit Rawatan Rapi, di mana 27 kes memerlukan bantuan pernafasan.

“Dukacita dimaklumkan sehingga kini, terdapat 4 kes kematian baru berkaitan Covid-19 dilaporkan ke Crisis Preparedness and Response Centre (CPRC) Kebangsaan,” kata kementerian dalam kenyataan hari ini.

No comments: