JAIS dan KPDNHEP mendapati pemilik restoran guna tulisan jawi serta ayat al-Quran untuk 'menipu' pelanggan kononnya kedai makan Islam
BANGI
– Sebuah restoran di Seksyen 25, Shah Alam – yang menggunakan nama
Islam dan tulisan jawi pada papan tandanya – diserbu Jabatan Agama Islam
Selangor (JAIS), gara-gara laporan polis dibuat pemiliknya terhadap
lelaki yang menampar pekerjanya.
Kejadian bermula apabila pekerja restoran terbabit ditampar kerana menegur pelanggan menghisap rokok di dalam premis berkenaan.
Pemilik restoran itu yang tidak puas hati
membuat laporan polis mengenai kejadian itu. Malangnya, laporan itu
membongkar siapa sebenarnya pemilik restoran ‘Islam’ itu – bukan muslim –
dan cuba mengelirukan pelanggan dengan menggantung ayat al-Quran di
dalam premisnya.
Berikutan itu, sepasukan anggota Bahagian
Pengurusan Halal JAIS dan penguat kuasa Kementerian Perdagangan Dalam
Negeri dan Hal Ehwal Pengguna (KPDNHEP) Selangor, melakukan serbuan,
semalam.
Hasil pemeriksaan mendapati semua pekerja
restoran itu, termasuk tukang masaknya, bukan Islam. Hanya dua pekerja
sahaja beragama Islam.
Sumber memberitahu, terdapat ayat
al-Quran yang digantung di belakang kaunter restoran terbabit dan di
sebelahnya tergantung bungkusan kuning disyaki peralatan pemujaan
penganut Hindu.
Pemeriksaan juga mendapati kebersihan
premis tidak memuaskan dan bahagian pemprosesannya terlalu kotor,
sementara bahan mentah, serta peralatan memasak diletakkan di atas
lantai.
“Produk daging juga diperoleh daripada
pembekal yang tidak mempunyai sijil halal dan tidak berlabel. Pemilik
premis diarah mendapatkan daging yang mempunyai sijil halal.
“Bagaimanapun, ketika pemeriksaan
dijalankan, kedua-dua pemilik restoran terbabit tiada di lokasi
kejadian,” kata sumber itu yang mengesahkan premis terbabit diberi
tempoh tujuh hari untuk mematuhi arahan dan perintah dikeluarkan.
Ketika dihubungi hari ini, pegawai JAIS mengesahkan pemeriksaan yang dilakukan di restoran terbabit.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan