Ahad, 6 Januari 2019

Raja Muda Perlis saran 25 iman terima keputusan dipecat

DENYUT REFORMASI

 
 
KANGAR: Raja Muda Perlis, Tuanku Syed Faizuddin Putra Jamalullail menyarankan imam yang dipecat dan ditukarkan supaya menerima keputusan Majlis Agama Islam dan Adat Istiadat Melayu Perlis (MAIPs) dengan hati terbuka dan berlapang dada.

Baginda bertitah ini bagi mengelakkan sebarang tindakan yang boleh menimbulkan salah sangka terhadap keputusan MAIPS itu.

“MAIPs membuat keputusan memecat dan menukarkan imam-imam terbabit dalam usahanya untuk mencapai kecemerlangan dalam pengurusan. Untuk itu, MAIPs menggariskan beberapa panduan bagi mencapai maksud tersebut.

“Keputusan yang dibuat ini adalah sebahagian proses berterusan membabitkan pelbagai aspek pengendalian dan pengimarahan masjid,” katanya dalam kenyataan yang dikeluarkan Ketua Pegawai Eksekutif MAIPs, Mohd Nazim Mohd Noor, hari ini.
Baru-baru ini, media melaporkan 25 imam dipecat dan 10 lagi ditukarkan melalui surat Jabatan Agama Islam Perlis (JAIPs) bertarikh 31 Disember lepas, tanpa menyatakan sebab.

Tuanku Syed Faizuddin yang juga yang dipertua MAIPs bertitah, pelantikan imam baru dan jawatankuasa masjid bertujuan memberi suntikan nafas baru bagi mencapai objektif ditetapkan MAIPs, akan dilaksanakan secara berperingkat.

“MAIPs sentiasa menghargai sumbangan dan pengorbanan besar yang diberikan para imam, pegawai masjid, nazir, jawatankuasa kariah dan semua yang terlibat.

“Saya menzahirkan setinggi-tinggi penghargaan dan mendoakan Allah memberikan ganjaran atas khidmat bakti yang dicurahkan.” 
 
 

Tiada ulasan: