Ahad, 6 Januari 2019

Harga telur: Menteri kata turun, peniaga kata naik – Najib

MALAYSIA GAZETTE
Harga telur di Pasar Datuk Keramat semasa tinjauan Datuk Seri Najib Razak di situ, pagi ini.
Harga telur di Pasar Datuk Keramat semasa tinjauan 
Datuk Seri Najib Razak di situ, pagi ini.

KUALA LUMPUR – Bekas Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak pagi ini membuat tinjauan di Pasar Datuk Keramat di sini.

Dalam hantaran terbaharu di laman Twitter, Najib berkata, hasil tinjauannya menunjukkan harga telur tidak turun.

Malah, menurut beliau, para peniaga telah memberitahunya, harga telur bukan sahaja tidak turun malah naik.
najib keramat
Datuk Seri Najib Tun Razak bersarapan di gerai Pasar Datuk 
Keramat pagi tadi . – foto Facebook Najib Razak
Kenyataan para peniaga itu, menurut Najib bertentangan dengan pengumuman Menteri Pertanian dan Asas Tani, Datuk Salahuddin Ayub baru-baru ini yang memberi jaminan harga telur akan turun.

“Harga telur di Pasar Dtk Keramat pagi ini. Menteri kata turun tapi penjual kata naik! Saya buat tinjauan tadi,” kata Najib. – MalaysiaGazette




Tiada ulasan: