Tuesday, January 22, 2019

PRK CAMERON: CALON BN LAPOR POLIS

Wartawan Watan-Online

Calon Barisan Nasional (BN) bagi Pilihan Raya Kecil (PRK) Cameron Highlands, Ramli Mohd Nor membuat dua laporan polis mendakwa dikasari sewaktu sedang berkempen.

Dalam laporan tersebut, Ramli mendakwa Timbalan Menteri Air, Tanah dan Sumber Asli, Tengku Zulpuri Shah Raya Puji bertindak menghalang kenderaan dinaiki olehnya sewaktu dan mencuba mencetuskan insiden tegang selepas berkempen di sekitar Pos Lenjang dan Pos Titom di sana, kira-kira pukul enam petang semalam.

“Bagi meredakan keadaan saya turun daripada kenderaan dan saya menyedari lelaki tersebut ialah Tengku Zulpuri.

“Berlaku provokasi di mana beliau (Tengku Zulpuri) memanjat kenderaan saya dengan tujuan merampas telefon bimbit pembantu saya. Beliau turut mengeluarkan kata-kata secara kasar terhadap penumpang dan pemandu,” dakwa Ramli dalam laporan polis yang dibuat di Balai Polis Sungai Koyan, Lipis, Pahang pada Isnin.

Mengulas lanjut, Ramli berkata laporan polis berkaitan penyalahgunaan aset kerajaan berupa kenderaan pacuan empat roda oleh PH.

Terdahulu tular sekeping foto memaparkan sebuah kenderaan dengan bendera Pakatan Harapan (PH) di media sosial.

Kerajaan Pahang kemudian mengesahkan kenderaan itu milik jabatan perhutanan dan mendesak ia dikembalikan.


No comments: