SHAH ALAM: Polis masih
menjalankan siasatan terhadap laporan dibuat pihak Universiti Teknologi
Mara (UiTM) berhubung dakwaan penjualan maklumat pelajar dan alumni
universiti itu di 'Dark Web' pada November tahun lalu.
Naib Canselor UiTM Prof Emeritus Datuk Dr Hassan Said berkata pihaknya juga kini giat bekerjasama dengan Agensi Keselamatan Siber Negara (NACSA), Majlis Keselamatan Negara, Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia serta Pasukan Respons Kecemasan Komputer Malaysia (MyCERT) sejak November lalu, bagi menjalankan siasatan serta menganalisa keutuhan sistem aplikasi UiTM.

"Setakat hari ini penemuan awal NACSA mendapati tiada sebarang aktiviti
mencurigakan menjurus kepada kebocoran maklumat berlaku, namun pihak
NACSA masih lagi meneruskan siasatan berdasarkan maklumat terkini yang
telah dibekalkan," katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Hassan berkata pihaknya komited dan sentiasa telus dalam membekalkan sebarang maklumat diperlukan oleh semua pihak berkuasa bagi memastikan siasatan dapat dijalankan dengan lancar.
Beliau berkata UiTM juga sedang giat menjalankan pelbagai penambahbaikan dan pemantapan prosedur serta operasi bagi memastikan integriti rangkaian, program dan data dilindungi daripada serangan, kerosakan atau akses tanpa izin.
"Saya ingin mengambil peluang ini untuk mengucapkan ribuan terima kasih kepada semua pihak yang telah dan sedang membantu UiTM dalam menangani isu keselamatan ini. Saya juga berharap orang ramai dapat memberi ruang kepada pihak berkaitan menjalankan siasatan dengan adil, telus dan berkesan," katanya. -- BERNAMA

No comments:
Post a Comment