Oleh Fahmi bin Faiz
Polisi dan dasar PH huru-hara, buat rakyat tertekan
BANGI
– Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad wajar mempertimbangkan
pembubaran Parlimen, berikutan kegagalan dalam tadbir urus kerajaan.
Bekas Setiausaha Badan Perhubungan UMNO
Terengganu, Datuk Muhammad Pehimi Yusof berkata, pemerintahan Pakatan
Harapan (PH) nampak huru-hara, lebih-lebih lagi apabila kerajaan gagal
menjamin keselamatan awam.
“Ini boleh dilihat dalam isu Muhammad Adib Mohd Kasim, sehingga kini belum nampak jalan penyelesaian.
“Rakyat tertanya-tanya, ketelusan dan
kesungguhan kerajaan untuk selesaikan isu berkenaan untuk tangkap
pembunuh,” katanya kepada Ismaweb.net, hari ini.
Muhammad Pehimi berkata, kerajaan juga
gagal mentadbir ekonomi dengan baik, sehingga menimbulkan pelbagai isu
membuatkan rakyat tertekan.
“Kita perlu jelas bahawa ekonomi negara
sedang tenat sejak dikawal kerajaan PH. Polisi dan dasar mereka
mendorong masalah ekonomi.
“Rakyat gelisah dalam kesusahan, harga
barang naik mendadak, namun malangnya kerajaan tak kompeten, hatta untuk
mengawal harga telur ayam sekali pun.
“Jika tak silap, Bank Dunia sasarkan
kadar pertumbuhan ekonomi Malaysia menurun dari 5.4 peratus kepada 4.9
peratus sejak PH perintah negara, dengan unjuran bahawa tahun 2019
adalah lebih lemah,” katanya.
Mengulas lanjut, beliau berkata, Parlimen
juga wajar dibubar kerana polisi kerajaan sehingga hari ini gagal
membawa peningkatan ke atas nilai mata wang tempatan.
“Kerajaan tak kompeten, gagal kawal
ekonomi sehingga nilai ringgit menguncup teruk. Kesannya ialah inflasi
mata wang, yang nyata akan mendorong lebih banyak masalah lebih besar di
masa akan datang,” katanya.
No comments:
Post a Comment