ISMA WEB
Ahli Majlis Daerah Pontian biadab terhadap Tengku Mahkota Johor
BANGI
– Keceluparan dan kebiadaban parti cauvinis dan tamak haloba DAP,
semakin ketara sejak kebelakangan ini, terutama selepas memenangi
Pilihan Raya Umum Ke-14 (PRU14) lalu, dan menguasai kerajaan.
Ketua
Pemuda Dewan Pemuda PAS Johor, Juwahir Amin berkata, terbaru ialah sikap
kurang ajar Ahli Majlis Daerah Pontian, Mohammad Kamarul Ariffin Harris
Fadzillah daripada DAP, terhadap Tengku Mahkota Johor (TMJ), Tunku
Ismail Ibni Sultan Ibrahim.
“Perlekehan
(terhadap TMJ) dan keangkuhan terbukanya di media sosial itu adalah
keterlaluan dan melampau,” katanya mengulas kenyataan Mohammad Kamarul
dalam Facebooknya beberapa hari lalu.
Mohammad
Kamarul dilihat menghina TMJ dan institusi raja Johor berhubung isu
Pulau Kukup apabila menggunakan bahasa tidak beradab dalam tulisannya.
Dia menulis:
“…Nak
minta simpati dan alihkan perhatian rakyat terhadap isu sebenar. taktik
macam ini dah basi lah Tunku. Pulau Kukup apa cerita Tunku? Adakah Pulau
Kukup akan dibangunkan sebagai Forest City kedua ataupun ‘Kukup City’
pada masa akan datang?
“Ingat
Tunku, Pulau Kukup bukan harta pusaka nenek moyang Tunku dan kerabat
Diraja Johor. Pulau Kukup adalah milik rakyat dann sila pulangkan Pulau
Kukup kepada Rakyat.”
Bagaimanapun,
Mohammad Kamarul dalam kenyataan terbaharunya memohon maaf kepada TMJ
dan keluarga diraja Johor berhubung kenyataannya itu.
Mengulas
lanjut, Juwahir mempersoalkan mengapa sejak Pakatan Harapan (PH)
memerintah berlaku pelbagai perkara yang menggugat dan mengancam seperti
itu.
“Sikap
celupar dan biadab oleh ahli politik dari PH khususnya DAP dilihat
semakin ketara dan berleluasa mutakhir ini, sama ada berjawatan di
peringkat nasional, hinggalah ke cawangan
“Apakah
DAP dan rakan sekutunya dalam PH sudah berasa cukup kuat dan kebal
hingga berperangai sewenang-wenang dan sombong sedemikian rupa,” katanya.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan