KEJADIAN dikatakan berlaku di Sekolah Kebangsaan Kagmpung Kuantan, Batang Kali di Hulu Selangor, tengah hari Jumaat lalu.
Menurut
catatan di dalam laman Facebook, seorang murid tidak menyedari ular
berlingkar di dalam laci mejanya, sehinggalah waktu tengah hari apabila
dia mahu menyimpan bukunya.
Murid berkenaan dikatakan berasa hairan kerana menyentuh sesuatu yang lembik dan sejuk di dalam laci mejanya.
Dia
terperanjat apabila mendapati terdapat ular di dalam laci mejanya
sebelum memaklumkan kepada guru, yang kemudian menghubungi anggota
bomba.
Anggota
bomba yag tiba kemudian menangkap ular tedung yang hidup itu sambil
menyifatkan murid berkenaan bertuah kerana tidak dipatuk.
Sehubungan
itu, pengguna media sosial meminta ibu bapa supaya menasihatkan anak
masing-masing supaya memeriksa dahulu laci meja di bilik darjah setiap
pagi.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan