KUALA LUMPUR – Kerajaan diminta menjelaskan kepada rakyat kenapa
harga runcit petrol RON95 belum diturunkan ke harga RM1.91 seperti
dijanjikan sebelum ini.
Ahli Parlimen Kuala Nerus, Datuk Dr. Mohd. Khairuddin Aman Razali berkata, rakyat juga bertanya kenapa keputusan muktamad mengenai mekanisme penetapan harga petrol selepas mesyuarat semalam belum ada.
Katanya, berapa lama lagi masa diperlukan kerajaan Pakatan Harapan (PH) untuk menurunkan harga bahan api itu dan memuktamadkan isu berkenaan?
“Saya mengucapkan terima kasih atas keputusan kerajaan untuk mengekalkan harga runcit RON95 tidak melebihi paras tertentu seperti yang diumumkan beberapa hari lalu.
“Namun, harga RM2.20 seliter yang ditetapkan itu dilihat hanya sebagai sandiwara kerajaan yang kononnya mahu melindungi pengguna daripada impak kenaikan harga” katanya dalam kenyataan kepada media hari ini.
Menurut Mohd. Khairuddin, sejak diapungkan secara mingguan bermula Mac 2017 hingga April lalu, sebelum dikekalkan pada harga RM2.20 selepas PH menjadi kerajaan, hanya 16 daripada 52 minggu sahaja RON95 diniagakan antara RM2.20 hingga RM2.30 dan selama empat minggu dijual melebihi RM2.30 seliter selari dengan turun naik harga minyak mentah dunia.
Jelasnya, baki 32 minggu lagi harga runcit RON95 sememangnya dijual antara RM1.89 hingga RM2.20.
“Oleh itu, jika kerajaan menetapkan had maksimum harga runcit petrol ini pada RM2.20, ia tidak lebih baik pun daripada Barisan Nasional (BN). Sama sahaja dengan BN semasa menjadi kerajaan.
“Sekiranya kerajaan serius dan bersungguh mahu menurunkan kos sara hidup rakyat dan prihatin dengan masalah ekonomi yang melanda rakyat, sewajarnya had maksimum harga runcit RON95 ini direndahkan lagi ke paras RM2.10 berbanding RM2.20,” katanya.
Katanya, beliau pernah mengemukakan desakan penetapan harga siling sejak 2015 lagi dan mahu ianya dilaksanakan bersekali dengan pemberian subsidi supaya tidak mengurangkan pendapatan boleh guna dan melemahkan ekonomi rakyat. – MalaysiaGazette

Tiada ulasan:
Catat Ulasan