Pengerusi
Otai Reformis 1998, Dr. Idris Ahmad (tengah) bercakap pada sidang media
khas mengenai sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar
Ibrahim di Restoran Amjal, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL
KUALA LUMPUR – Nampak gaya impian Presiden Parti Keadilan Rakyat
(PKR), Datuk Seri Anwar Ibrahim untuk menjadi Perdana Menteri ke-8 bukan
satu fasa peralihan kuasa mudah seperti yang disangka.
Sebaliknya, sudah ada gerakan dalam kalangan Pakatan Harapan (PH)
terutamanya Bersatu dan PKR sendiri bagi memastikan transisi untuk
mengangkat Anwar sebagai perdana menteri tidak sesekali berlaku.
Pandangan itu dilontarkan Otai Reformis 1998 mengaitkan dengan
senario politik ketika ini berikutan pelbagai spekulasi, kenyataan media
oleh menteri dan tidak kurang usul dalam perhimpunan mesyuarat agung
parti yang seolah-olah mahu menidakkan peralihan kuasa tersebut.
Menurut Pengerusi Otai Reformis 1998, Dr Idris Ahmad, pihaknya tidak
akan sesekali berkompromi dengan mana-mana pihak yang cuba mengagalkan
pelan tersebut demi agenda tersirat serta kepentingan tertentu. Seorang
ahli reformis memegang placard placard tanda sokongan penuh terhadap
Presiden Parti Keadilan Rakyat, Datuk Seri Anwar Ibrahim pada sidang
media khas di Restoran Amjal, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL
“Kita akan tentang secara habis-habisan jika ada pihak yang cuba
menimbulkan keadaan tidak ‘seronok’ seperti ini. Sudah tentu kita ada
perancangan seandainya pelan transisi untuk mengangkat Anwar Ibrahim ini
tidak berlaku selepas tempoh dua tahun.
“Ada juga usul mengatakan seharusnya membiarkan sahaja Tun Dr
Mahathir Mohamad untuk menghabiskan satu penggal, tetapi tempoh lima itu
sangat panjang dan kami tidak boleh tunggu selama itu.
“Benar persoalan yang ditimbulkan oleh anda (media), mengapa Otai
Reformism mau bercakap tentang perkara ini, kami tidak akan bercakap
jika tidak ada ‘kumpulan-kumpulan’ ini dengan terbuka bercakap dalam
media dan perhimpunan agung.
“Sekiranya ada salah silap, kami akan bertindak sebagai ‘semak dan
imbang’ untuk memastikan prinsip serta agenda reformasi itu terpesong
dari landasan, kami akan buat terguran tanpa teragak-agak,” katanya
dalam sidang media sebentar tadi. Pengerusi
Otai Reformis 1998, Dr. Idris Ahmad bercakap pada sidang media khas
mengenai sokongan penuh terhadap Presiden PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim
di Restoran Amjal, Kuala Lumpur. foto HAZROL ZAINAL
Dr Idris yang juga merupakan Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Ijok
turut menempelek tindakan Timbalan Pengerusi PKR, Datuk Seri Mohamed
Azmin Ali yang secara terbuka mempertikaikan pelantikan Ahli Majlis
Pimpinan Pusat (MPP) melalui media.
“Adalah tidak wajar sama sekali untuk secara terbuka mempertikai
pelantikan dengan menggunakan saluran seperti media, apa sebenarnya niat
di sebalik bertindak sedemikian?
“Ini secara tidak langsung sudah menimbulkan persepsi serta gambaran
negatif terhadap parti kita sendiri di mata rakyat, adakah ini satu
keperluan? Otai Reformis 1998 akan terus pertahan Anwar Ibrahim bukan
sahaja sebagai pemimpin utama PKR tetapi juga proses transisi peralihan
kuasa,” tegasnya.
Ketika Perhimpunan Agung Tahunan Bersatu baru-baru ini, terdapat usul
dikemukakan para perwakilan agar Dr. Mahathir terus memegang jawatan
Perdana Menteri selama satu penggal yang turut mendapat sokongan
anaknya, Datuk Seri Mukhriz Mahathir.
Selain daripada itu, Ketua Sekretariat Pakatan Harapan (PH) Datuk
Saifuddin Abdullah hari ini berkata, tempoh Tun Dr. Mahathir Mohamad
menjadi perdana menteri tidak pernah dibincangkan dalam mesyuarat Majlis
Presiden PH.–MalaysiaGazette
Tiada ulasan:
Catat Ulasan