Oleh Siti Fatimah Ishak
Usah campuri urusan umat Islam, fokus masalah parti yang kalah teruk
BANGI
– “Diam, Heng. Kamu siapa mahu campuri urusan umat Islam. Kamu bukan
pakar, jauh sekali golongan agamawan. Lebih baik tutup mulut.”
Demikian
bidas Prof Dr Ridhuan Tee Abdullah terhadap Pengerusi Wanita parti
perkauman MCA, Heng Seai Kie, yang mempertikai tindakan Mahkamah Tinggi
Syariah Terengganu mengenakan hukuman sebat terhadap wanita di khalayak.
Pendakwah
bebas yang juga Pensyarah di Universiti Sultan Zainal Abidin (UniSZA)
itu berkata, urusan Mahkamah Syariah bukan parti politik seperti MCA,
dan bukan juga urusan orang bukan Islam untuk menjaganya.
“Ini
urusan umat Islam. Heng tiada hak untuk campur tangan. Lagipun siapa
kamu? Ini urusan mahkamah untuk orang Islam. Jika tak setuju, tutup
mulut. Kamu tak ada kuasa ke atasnya.
“Saya
fikir lebih baik kamu (Heng) memberi kenyataan mengenai layanan komunis
terhadap etnik Uighur di China. Itu lebih bermanfaat daripada menyakiti
orang Islam,” katanya ketika dihubungi Ismaweb.net, hari ini.
Beliau
berkata demikian ketika diminta mengulas kenyataan Heng yang menganggap
hukuman secara terbuka kepada wanita mencabar Perlembagaan Persekutuan
dan Kanun Prosedur Jenayah.
Heng yang
juga penganut agama Buddha berkata, menyebat wanita di depan khalayak
bukan sahaja perbuatan yang sangat kejam terhadap kemanusiaan, ia juga
dengan jelas melanggar Perlembagaan Persekutuan.
Dia
mengulangi pendirian kumpulan Sisters in Islam bahawa hukuman sebat di
depan khalayak tidak memberi apa-apa kesan pendidikan, menghina dan
mengaibkan hak asasi manusia.
Ridhuan Tee berkata, Mahkamah Tinggi Syariah tidak perlukan pandangan orang jahil seperti Heng.
Katanya,
pelaksanaan undang-undang sebat telah difikir sedalam-dalamnya oleh
pihak berkuasa syariah yang lebih memahaminya berbanding Heng.
“Heng
bukan siapa siapa, pakar pun tidak. Kamu hanya parti kalah yang menang
satu kerusi Parlimen. Itupun ehsan daripada undi Melayu. Jika tidak, MCA
sudah tentu berputih mata.
“Saya
nasihatkan kamu fokus kepada parti MCA yang kalah teruk PRU14 lalu. Saya
bimbang PRU15 nanti satu kerusi pun MCA tak dapat. Melopong saja,”
katanya.
No comments:
Post a Comment