Oleh Siti Fatimah Ishak
Pengerusi wanita parti perkauman biadab campur urusan Mahkamah Syariah umat Islam
BANGI
– Dakwaan kononnya hukuman sebat syariah menzalimi kaum wanita, jelas
memperlihatkan kejahilan pemimpin parti perkauman MCA, yang cuba
mencampuri hal ehwal umat Islam, kata Naib Presiden Ikatan Muslimin
Malaysia (Isma), Prof Dr Zainur Rashid Zainuddin.
Sebelum ini, Pengerusi Wanita MCA, Datuk
Heng Seai Kie, mempertikai tindakan Mahkamah Tinggi Syariah Terengganu
mengenakan hukuman sebat terhadap wanita di khalayak, dan menyifatkannya
mencabar Perlembagaan.
Dr Zainur yang juga Pensyarah di
institusi pengajian tinggi (IPT) swasta berkata, selama ini umat Islam
tidak menyentuh isu rakyat Malaysia yang bukan Islam.
“Tapi mereka kalau urusan umat Islam cepat sahaja melatah. Ini membuktikan pemimpin MCA bersifat biadab.
“Asakan demi asakan terhadap
undang-undang syariah oleh MCA, DAP, NGO HAM dan pemimpin pro-liberal
Barat juga membuktikan usaha jahat mereka yang terancang untuk
memperlekehkan kedudukan Islam di negara ini,” katanya ketika dihubungi
Ismaweb.net hari ini.
Beliau berkata demikian mengulas
kenyataan Heng yang menganggap hukuman secara terbuka kepada wanita
mencabar Perlembagaan Persekutuan dan Kanun Prosedur Jenayah.
Heng yang juga penganut agama Buddha
berkata, menyebat wanita di depan khalayak bukan sahaja perbuatan yang
sangat kejam terhadap kemanusiaan, ia juga dengan jelas melanggar
Perlembagaan Persekutuan.
Dia mengulangi pendirian kumpulan Sisters
in Islam bahawa hukuman sebat di depan khalayak tidak memberi apa-apa
kesan pendidikan, menghina dan mengaibkan hak asasi manusia.
Mengulas lanjut Dr Zainur berkata,
pemimpin MCA sepatutnya faham dan jelas bahawa Islam adalah agama
Persekutuan yang termaktub dalam perlembagaan negara.
Katanyaz pelaksanaan hukuman sebat yang
diputuskan oleh Mahkamah Syariah Terengganu adalah keputusan yang sah
dan termaktub dalam Perlembagaan
“Hukuman sebat syariah bersifat mendidik
dan tidak mencederakan. Ini berbeza dengan hukuman sebat undang-undang
sivil yang juga boleh di kepada kaum wanita,” katanya.
Justeru, beliau menggesa umat Islam
samada ahli akademik, alim ulama, aktivis NGO, pemimpin masyarakat serta
pemimpin politik bersatu padu dalam apa jua urusan umat Islam.
“Kita mesti bersatu dalam agenda bersama
demi memperkasakan kedudukan Islam dan masa depan umatnya di negara
Malaysia yang tercinta,” katanya.
No comments:
Post a Comment