Ahli Parlimen Jeli bukan pejuang sejati: Ketua UMNO Tanjung Piai
PONTIAN
– Tindakan Ahli Parlimen Jeli, Datuk Mustapa Mohamed menyertai Parti
Pribumi Bersatu Malaysia (Bersatu) hanya kerana mahu mengejar
kepentingan peribadi, kata Ketua UMNO Bahagian Tanjung Piai, Datuk
Jefridin Atan.
Beliau berkata, tindakan Mustapa atau Tok
Pa yang juga bekas Ahli Majlis Tertinggi UMNO itu bukan pejuang sejati
kerana tidak bersama rakan-rakan dalam kesusahan.
Katanya, UMNO berpegang kepada prinsip kesetiaan ahli kepada parti tidak kira ketika susah atau senang.
“Tok Pa cakap UMNO sudah tidak sehaluan dan tidak boleh dipercayai. Jadi
timbul persoalan, kenapa Tok Pa boleh bertahan berpuluh tahun dalam
parti UMNO ini?,” katanya ketika ditemui pada Majlis Khidmat Masyarakat
Kampung Rimba Terjun di sini, hari ini.
Dalam pada itu, ketika diminta mengulas
mengenai situasi politik UMNO kini, Jefridin mengakui keadaannya kini
cukup mencabar apabila Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sendiri
membuat gesaan terhadap ahli UMNO supaya menyertai Bersatu.
Sebelum ini, Mustapa mengumumkan keluar
daripada UMNO, selepas menyedari usaha memulihkan imej parti semakin
sukar, selain bertentangan dengan prinsip perjuangannya selama 40 tahun.
Beliau yang juga Ahli Dewan Undangan
Negeri (ADUN) Ayer Lanas kemudiannya mengumumkan masuk Bersatu secara
sukarela, kerana yakin parti itu mampu memberinya peranan lebih besar
membela kepentingan kawasannya di Jeli khususnya, dan Kelantan secara
menyeluruh.
No comments:
Post a Comment