SHAH ALAM: Seorang wanita parah selepas kereta dipandunya terbalik
selepas dirempuh sebuah kereta jenis Honda CRV di Lebuhraya Persekutuan
berhampiran Plaza Tol Batu Tiga awal pagi tadi.
Dalam kejadian kira-kira jam 4 pagi itu, mangsa, Nursuha Ishak, 26,
memandu kereta jenis PERODUA Kelisa dipercayai dalam perjalanan menghala
ke Kuala Lumpur.
Ketua Balai Bomba dan Penyelamat Seksyen 15 Shah Alam, Azmel Kamarudin,
berkata difahamkan pemandu Honda CRV dalam keadaan mabuk, tetapi tidak
mengalami sebarang kecederaan.
"Mangsa terpaksa menahan kesakitan kira-kira setengah jam sementara
menunggu kerja menyelamatkannya yang tersepit dalam kereta dilakukan.
"Dipercayai mangsa tercampak ke bahagian belakang kereta selepas dirempuh," katanya dipetik BH Online.
Azmel berkata, mangsa dihantar ke Hospital Shah Alam selepas berjaya dikeluarkan.
Difahamkan ketika kejadian, ada dua kanak-kanak berada dalam kereta itu
bersama mangsa, namun mereka berjaya dikeluarkan orang awam dan terus
dibawa ambulans ke Hospital Shah Alam.
No comments:
Post a Comment