Saturday, March 3, 2018

Tak suka Tun M ketuai PH, ahli DAP keluar parti AddThis Sharing Buttons Share to TwitterShare to FacebookShare to WhatsAppShare to WeChatShare to LINEShare to TelegramShare to Google+Share to EmailShare to Print pada 03-03-2018 02:03 Post Pic KAMPAR: Seramai 38 ahli DAP Bahagian Tapah dan Kampar bersama Pengerusi Perhubungan DAP Tapah, Richard Leong Soon Fatt meninggalkan parti yang didominasi kaum Cina itu berkuatkuasa hari ini. Soon Fatt yang telah 10 tahun bersama DAP turut mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam DAP termasuk sebagai Pengerusi DAP cawangan Chenderiang. Beliau dan 38 ahli DAP dari bahagian Tapah dan Kampar yang kemudiannya menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) cawangan Kampar yang ditubuhkan hari ini. Menurutnya, keputusannya keluar parti kerana tidak boleh menerima tindakan kepimpinan parti yang dikuasai Dinasti Lim menjalinkan hubungan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad. Ujar beliau, mereka sukar untuk menerima hakikat DAP bukan sahaja bekerjasama dengan Tun Mahathir malah dipimpin oleh bekas Perdana Menteri selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH). "Selama 10 tahun dalam DAP, kami melihat Tun Mahathir sebagai musuh pembangkang ekoran pelbagai tindakannya termasuk memenjarakan seorang demi seorang pemimpin pembangkang termasuk Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim. "Hari ini beliau (Tun Mahathir) minta maaf dan senang- senang pula mereka (pemimpin pembangkang) maafkan beliau. Demi untuk kuasa, mereka maafkan dia, tapi kami tak boleh terima. Perjuangan kami ada prinsip," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia. Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di majlis perasmian dan pembukaan Pusat Khidmat PCM bahagian Kampar disini hari ini Terdahulu, Pengerusi PCM Bahagian Kampar, Yeong Kok Ping turut menyerahkan borang keahlian 38 ahli DAP yang mahu menyertai PCM kepada itu Timbalan Pengerusi parti itu, Datuk Huan Cheng Guan.

ANTARAPOS

Post Pic
 
 
KAMPAR: Seramai 38 ahli DAP Bahagian Tapah dan Kampar bersama Pengerusi Perhubungan DAP Tapah, Richard Leong Soon Fatt meninggalkan parti yang didominasi kaum Cina itu berkuatkuasa hari ini.
 
Soon Fatt yang telah 10 tahun bersama DAP turut mengumumkan melepaskan semua jawatannya dalam DAP termasuk sebagai Pengerusi DAP cawangan Chenderiang.
 
Beliau dan 38 ahli DAP dari bahagian Tapah dan Kampar yang kemudiannya menyertai Parti Cinta Malaysia (PCM) cawangan Kampar yang ditubuhkan hari ini.
 
Menurutnya, keputusannya keluar parti kerana tidak boleh menerima tindakan kepimpinan parti yang dikuasai Dinasti Lim menjalinkan hubungan dengan bekas Perdana Menteri, Tun Dr. Mahathir Mohamad.
 
Ujar beliau, mereka sukar untuk menerima hakikat DAP bukan sahaja bekerjasama dengan Tun Mahathir malah dipimpin oleh bekas Perdana Menteri selaku Pengerusi Pakatan Harapan (PH).
 
"Selama 10 tahun dalam DAP, kami melihat Tun Mahathir sebagai musuh pembangkang ekoran pelbagai tindakannya termasuk memenjarakan seorang demi seorang pemimpin pembangkang termasuk Lim Guan Eng dan Datuk Seri Anwar Ibrahim.
 
"Hari ini beliau (Tun Mahathir) minta maaf dan senang- senang pula mereka (pemimpin pembangkang) maafkan beliau. Demi untuk kuasa, mereka maafkan dia, tapi kami tak boleh terima. Perjuangan kami ada prinsip," katanya seperti dilaporkan Utusan Malaysia.
 
Beliau berkata demikian pada sidang akhbar di majlis perasmian dan pembukaan Pusat Khidmat PCM bahagian Kampar disini hari ini
 
Terdahulu, Pengerusi PCM Bahagian Kampar, Yeong Kok Ping turut menyerahkan borang keahlian 38 ahli DAP yang mahu menyertai PCM kepada itu Timbalan Pengerusi parti itu, Datuk Huan Cheng Guan.
 
 

No comments: