Friday, March 2, 2018

Tian Chua layak bertanding PRU14

KEADILAN DAILY

tian_chua


Ahli Parlimen Batu, Tian Chua layak untuk bertanding dalam pilihan raya umum akan datang apabila mahkamah mengurangkan jumlah denda beliau terhadap sabitan menghina polis.

Pesuruhjaya Kehakiman, Datuk Abdul Karim Abdul Rahman, mengurangkan jumlah denda RM3,000 yang dikenakan oleh Mahkamah Sesyen Shah Alam pada Mac lalu.

Datuk Abdul Karim bagaimana pun menolak rayuan Tian Chua terhadap sabitannya di bawah Seksyen 509 Kanun Keseksaan dan mengekalkan sabitan bersalah.

“Saya dapati denda RM3,000 itu bukan hukuman yang sesuai. Saya kurangkan kepada RM2,000, jika gagal bayar penjara dua bulan.

“Justeru, rayuan oleh pendakwa untuk meningkatkan hukuman ditolak,” kata Abdul Karim.

Tian merakamkan rasa gembiranya dengan keputusan itu selepas mahkamah bersidang.

“Saya lega dengan keputusan mahkamah. Saya tidak dilucutkan kelayakan untuk bertanding kerana keputusan ini tidak menjejaskan kelayakan saya,” kata Tian Chua.

Turut hadir memberi sokongan kepadanya adalah Presiden KEADILAN, Datuk Seri Dr Wan Azizah Wan Ismail.

Mahkamah Sesyen Petaling Jaya pada Mac 2017 memutuskan Tian Chua bersalah kerana kata-katanya terhadap seorang anggota polis pada April 2014 di Petaling Jaya.

No comments: