Friday, March 2, 2018

Pelobi Trump minta USD75 juta daripada Jho Low


Dari kiri, Jho Low; pemilik PetroSaudi, Putera Turki, Najib; Rosmah, Nor Ashman, Tarek Obaid dan Nooryana Najwa di atas kapal mewah Tatoosh di perairan selatan Perancis.



KEADILAN DAILY



Akhbar The Wall Street Journal (WSJ) mendakwa seorang pelobi Presiden Donald Trump cuba memperoleh ‘yuran runding cara’ sebanyak USD75 juta Jho Low untuk menggugurkan kes berkaitan 1MDB.

Menurut WSJ, cadangan itu dimajukan peraih dana dan penyokong setia Republican, Elliott Broidy dan isterinya Robin Rosenzweig, seorang peguam, kepada Jho Low menerusi emel yang diperolehi akhbar tersebut.

Mereka membincangkan draf perjanjian antara firma guaman Rosenzweig di California dan wakil Low berkaitan kemungkinan terma-terma perjanjian rasmi.

“Dalam satu draf, terdapat cadangan yang meliputi yuran USD75 juta jika Jabatan Keadilan menggugurkan siasatannya dengan segera,” rencana WSJ dipetik.

Pendedahan menggemparkan ini muncul sewaktu kapal mewah Jho Low, The Equainimity yang bernilai RM1 bilion dirampas pihak berkuasa Indonesia di Bali

No comments: