KULAI: Pengerusi Persatuan Anak Peneroka Felda Kebangsaan (ANAK) Mazlan
Aliman ditahan polis ekoran didakwa menuduh isteri Perdana Menteri
Datuk Seri Najib Razak, Datin Seri Rosmah Mansor, terlibat dalam
beberapa projek yang dirancang dan dilaksanakan oleh Felda.
Mazlan dibawa ke Ibu Pejabat Polis Daerah Kulai, Johor, malam tadi di mana beliau dibacakan haknya di bawah tangkapan polis.
Isnin lalu, Rosmah membuat laporan polis terhadap Mazlan, selepas ahli
Jawatankuasa Pusat Amanah itu mendakwanya terlibat dalam projek
penternakan ikan sturgeon yang gagal dilaksanakan selepas memakan
belanja berjuta ringgit oleh Felda.
Projek itu disiasat Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) tahun lalu yang turut menangkap beberapa pegawai Felda.
Mazlan dalam sebuah program ceramah pada bulan ini mendakwa beliau
diberitahu seorang pegawai Felda yang ditahan SPRM bahawa projek itu
mendapat “restu” Datuk Seri Najib Razak, di mana isteri beliau Rosmah
menasihatkan pegawai Felda cara menggerakkan projek terbabit.
“Tuduhan sebegini menyebabkan terjadinya buruk sangka dalam kalangan
netizen, lantas menjejaskan reputasi dan integriti anak guam saya,” kata
peguam Rosmah, NoorHajran Mohd Noor.
No comments:
Post a Comment