Tuesday, March 20, 2018

Jangan khianat perjuangan Islam

DR DAENG SANUSI


(Teks transkrip dan suntingan dari Ucapan Pengerusi Jawatankuasa Tatatertib PAS Pusat dalam Majlis Perasmian Mesyuarat Agung Tahunan PAS Kawasan Klang-33 di Dewan Pandamaran semalam yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)

PERANAN orang muda

Tetapi suatu yang sebagai orang lama, orang tua di dalam perjuangan ini satu perkembangan yang sangat mengembirakan dan memberikan bersangka suka yang begitu tinggi kepada saya ialah kerana saya sempat menyaksikan bahawa perjuangan Islam yang dibawa oleh wadah PAS telah mendapat sambutan yang begitu hebat dan sangat luar biasa kepada kumpulan Muslimin yang terdiri daripada kalangan orang-orang muda.

Ini memberikan kepada kita satu harapan yang amat tinggi bagi masa hadapan perjuangan Islam yang kita sama-sama perjuangkan ini. Kerana sepanjang perjalanan perjuangan Islam bermula daripada Rasulullah S.A.W perjuangan Islam akan dilihat perkembangannya di masa hadapan, dari kumpulan umat Islam yang terdiri daripada kalangan yang muda. Sehingga di zaman Rasulullah S.A.W kita lihat peranan orang muda ini yang menjadi simbol yang paling utama kepada kita ialah Saidina Ali K.W.J, orang yang paling muda menyambut dan terus berjuang dalam perkembangan Islam yang dibawa oleh Rasulullah S.A.W.

Malah di zaman moderate ini kita pernah baca ketika menyambut kemerdekaan Indonesia. Presiden pertama Indonesia, Pak Sukarno ada menyatakan di dalam ucapan dan di dalam penulisannya, berilah saya 10 pemuda, nescaya akan dapat aku alihkan gunung-ganang.

Jadi di sini melihatkan kepada peranan pemuda-pemuda di dalam perjuangan Islam ini sangat hebat dan sangat berkesan menjadikan kita sangat bersangka suka di masa hadapan perjuangan Islam ini yang dibawa oleh PAS. Kerana kita mendapati di masa-masa mutakhir ini semakin banyak mehnah dan tribulasi yang dihadapi oleh PAS, perjuangan Islam, maka semakin bangkit dan semakin lahir pemuda-pemuda Islam bukan sahaja turut, malah berdepan dengan perjuangan Islam ini.

Sebagai orang tua, orang lama di dalam perjuangan ini anak-anak sekalian, inilah yang menjadi kegembiraan bersangka suka yang amat tinggi pada orang seperti saya yang sudah tua yang sudah tidak beberapa ada keupayaan melihat perkembangan perjuangan Islam akan datang ini adalah memberikan bersangka suka yang begitu indah.


No comments: