(Teks
transkrip dan suntingan dari jawapan Ketua Dewan Pemuda PAS Malaysia di
Program Anda Tanya Muhammad Khalil Abdul Hadi (Ketua Pemuda PAS) Jawab
di Facebook Live Sinar Harian pagi tadi yang disediakan oleh Pelatih Harakah, ZAID MD ADHAR)
KEDAULATAN Islam
PAS ini adalah sebuah gerakan Islam,
bukan semata-mata sebuah parti politik. Dan kita bergerak dengan tiga
sudut. Sudut yang pertamanya ialah politik. Yang keduanya ialah dakwah.
Dan yang ketiganya ialah tarbiyah dan pendidikan.
Dan setiap satu daripada sudut-sudut
ini, kita gunakannya untuk memastikan kedaulatan Islam dalam negara kita
terjamin. Dari sudut politik, maka PAS menyertai pilihan raya sejak
daripada pilihan raya yang pertama tahun 1955 sehinggalah pilihan raya
yang akan kita tempuhi dalam masa yang terdekat ini, kita masuk pilihan
raya sama ada kita bertindak sebagai parti pembangkang untuk menegur,
menasihati dan menyokong apa sahaja polisi dan dasar yang baik untuk
Islam dalam negara kita.
Dan juga di negeri-negeri yang
diperintah oleh PAS contohnya di Negeri Kelantan, di Negeri Terengganu
satu ketika dulu, di Negeri Kedah dan juga Negeri Selangor bersama-sama
dengan parti-parti lain. Kita mengambil peluang kuasa yang diberikan
oleh rakyat untuk kita mendaulatkan Islam dalam ruang lingkup yang kita
mampu dan juga tidak lari daripada kedudukan Islam dalam perlembagaan.
Dari sudut dakwah, maka PAS bergerak di
setiap sudut dalam masyarakat untuk menyampaikan mesej dakwah Islam
kepada masyarakat sama ada orang Islam ataupun bukan Islam. Islam yang
dimaksudkan di sini ialah Islam yang sederhana. Contohnya dalam Dewan
Pemuda, kami mempunyai jabatan-jabatan yang kami fokus kepada minat anak
muda masing-masing dan kami membawa mesej Islam untuk menarik anak
muda. Contohnya kami ada kelab motosikal ARC, kami ada kelab empat kali
empat, kami ada kelab memanah. Jadi setiap kelab-kelab yang kami
tubuhkan ini, kami dekati anak muda dan kami terapkan nilai-nilai Islam
untuk membimbing mereka supaya menjadi pemuda Islam yang baik untuk
ugama dan untuk negara.
Yang ketiganya ialah dari sudut tarbiyah
dan pendidikan. Dalam PAS kami mempunyai institusi-institusi
pendidikan. Dalam Dewan Pemuda sendiri kami berbangga dengan Jabatan
PASTI yang hari ini kami mempunyai lebih daripada 100 ribu
pelajar-pelajar di seluruh negara. Ini sebagai satu sumbangan PAS kepada
masyarakat dalam negara untuk memastikan kedaulatan Islam itu terjamin
No comments:
Post a Comment