JOHOR BAHRU: Hutan Lipur Gunung Belumut, Kluang ditutup sementara
bermula semalam berikutan kes leptospirosis melibatkan dua beradik kaum
Iban ketika berkunjung di kawasan rekreasi bersama 30 ahli keluarga
mereka, baru-baru ini.
Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Alam Sekitar, Pendidikan dan
Penerangan negeri, Datuk Ayub Rahmat berkata, Pejabat Kesihatan Daerah
Kulai menerima kes leptospirosis melibatkan kanak-kanak perempuan
berusia tujuh tahun dan adik lelakinya berusia lima tahun pada Khamis
lalu.
Beliau berkata, kedua beradik itu telah mengalami muntah dan
cirit-birit pada 18 Februari lalu dan dimasukkan ke Hospital Temenggung
Seri Maharaja Tun Ibrahim, Kulai enam hari kemudian.
"Kedua-dua kanak-kanak itu telah dibenarkan keluar hospital pada 24
Februari dengan didiagnoskan sebagai Acute Gastroenteritis (AGE).
"Notifikasi leptospirosis dibuat ekoran keputusan makmal darah kedua
pada 13 Mac lalu, kanak-kanak tersebut dilaporkan serologi positif,"
katanya dalam satu kenyataan, di sini sebentar tadi.
No comments:
Post a Comment