Tuesday, March 6, 2018
FBI Pernah Telefon Presiden Indonesia Supaya Tekan Malaysia
Al-Azharri Siddiq – 1. Kelibat dan pergerakan FBI di Bali,Indonesia amat mencurigakan. Ianya bukan sesuatu yang biasa. Pada 20 Julai 2016, DOJ telah membacakan “saman sivil” dengan menyebut beberapa nama seperti Jho Low dan Khadem Al-Qubaisi, Putera Arab Saudi.
2. Namun begitu, selepas memasuki 2 tahun, DOJ masih gagal melakukan pendakwaan. DOJ masih gagal mengumpul bukti. Sebaliknya, Peguam Negara AS, Loretta E.Lynch yang membacakan saman itu, terjebak dalam skandal pengubahan wang haram Hongkong Shanghai Banking Corporation (HSBC).
3. Terkini, masih adakah nama Putera Arab Saudi itu dalam saman sivil itu, atau sudah dikeluarkan pula ? Adakah DOJ tidak konsisten ? Inilah masalahnya jika jabatan kerajaan seperti DOJ mempercayai maklumat daripada portal seperti Sarawak Report yang telah dibuktikan oleh Mahkamah London sebagai portal tidak berkredibiliti (Mahkamah London mengarahkan Sarawak Report membayar kepada Hj. Hadi RM84,000).
4. Cuba anda lihat portal Sarawak Report, berapa banyak artikel mereka telah dipadamkan (the article not found/deleted) ? Bolehkah orang asing seperti Sarawak Report dipercayai ?
5. Lima tahun dahulu, semasa di Jakarta, saya dimaklumkan FBI telah menelefon Presiden Indonesia ketika itu untuk menekan Kerajaan Malaysia dan Perdana Menteri ketika PRU13. Adakah FBI sekali lagi hendak memasuki jarum halus mereka menjelang PRU14 ? Rakyat Malaysia yang patriotik mesti bersatu padu menolak campurtangan asing dalam hal-ehwal politik negara kita.
6. Benar kata Profesor Hungtinton, menjelang tahun 2020, tamadun dan kuasa Barat yang diketuai Amerika Syarikat akan merosot dan menjunam terok. Mereka akan berusaha untuk pulih. Namun, kata Hungtinton, mereka tidak akan dapat menghalang kemaraan kuasa-kuasa baharu seperti China, India dan negara-negara Islam seperti Arab Saudi, Malaysia dan Indonesia.
7. Kenapa menjelang PRU14, segelintir mereka termasuk di Australia turut memburuk-burukkan negara kita. Kes Australia campurtangan dalam hal-ehwal politik Malaysia ketika Zaman Tun Dr. Mahathir telah dijawab oleh Tun Dr. Mahathir seperti di bawah:-
“Hakikatnya ialah sama ada kita ini sebuah negara merdeka dengan pemimpin yang dipilih secara demokratik yang membuat keputusan untuk negaranya atau kita lepas tangan dan biarkan pihak luar yang kepentingannya semata-mata mencari keuntungan untuk menentukan siapa yang harus menjadi pemimpin negara ini. Maksud saya di sini ada pilihan.” (Tun M, 7 OKTOBER 1997)
“Penyaluran dana asing untuk aktiviti pertubuhan bukan kerajaan (NGO) propembangkang membuktikan wujud campur tangan pihak luar untuk menukar kerajaan sedia ada kepada kerajaan yang boleh mengikut telunjuk mereka. Modus operandi yang digunakan adalah sama seperti di Libya, Mesir dan negara Arab lain iaitu pihak asing membiayai aktiviti NGO mengapi-apikan rakyat supaya bangkit menentang kerajaan dan melakukan ‘perubahan kerajaan’. (Tun M, 23 SEPTEMBER 2012)
“Menjelang Pilihan Raya Umum Malaysia yang ke-10, kami sedang menyaksikan tahap campur tangan asing yang tidak pernah dilihat sejak Pilihan Raya 1964 di mana Indonesia dan pihak komunis cuba menggagalkan pembentukan Malaysia.“Jika kita membiarkan diri kita diheret menyokong perjuangan yang salah, kita akan menyaksikan kehancuran ikatan perpaduan itu. Kami tidak mahu menjadi satu lagi Kosovo atau Bosnia-Herzegovina.” ( Tun M,29 SEPTEMBER 1999)
“Hari ini kita undang mereka suruh campur tangan, esok jangan marahlah kalau mereka akan menentukan siapa yang akan menjadi presiden, perdana menteri dan menteri, inilah yang telah berlaku di negara lain.” (Tun M, 31 MAC 2001)
“Tetapi kalau selalu undang orang asing campur tangan (dalam negara), janganlah marah pula kalau esok orang asing kuasai negara kita.” (Rentetan tindakan Kedutaan Singapura dan Indonesia menghantar diplomat masing-masing untuk menghadiri taklimat tertutup Parti Keadilan Nasional (Keadilan) mengenai isu Datuk Seri Anwar Ibrahim di sebuah hotel di Petaling Jaya pada 29 Mac 2001) ( Tun M, 6 APRIL 2001)
“Di zaman dahulu, orang ini (yang meminta campur tangan asing) dipanggil penderhaka kepada negara tetapi di zaman sekarang nampaknya ada orang yang menganggap perbuatan macam ini mulia.” ( Tun M, 3 JULAI 2001)
“Masalah kita ialah kita dapat bad press iaitu sampai sekarang ini pun media asing sengaja memburukkan keadaan dalam Malaysia. (Tun M, 2 JANUARI 2002)
Rujukan:
1. Profesor Samuel Hungtinton.
2. Saman Sivil DOJ.
3. Ucapan-Ucapan Tun Dr. Mahathir.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment