Oleh Athirah Hanapiah
SHAH ALAM: Cukup setakat menulis surat kepada Sultan Selangor, kata Pesuruhjaya PAS Selangor, Sallehen Mukhyi.
Ujarnya yang juga ADUN Sabak, wakil rakyat PAS yang lain tidak akan
mengadap Sultan Sharafuddin Idris Shah bagi menjelaskan kemelut sekatan
dana yang sedang dihadapi beliau dan rakannya yang lain.
"Saya rasa cukup sekadar kita menghantar surat kepada Tuanku dan kita
tidak mahu mengganggu Tuanku dan Tuanku pun sudah faham dengan surat
kami.
"Dan saya fikir kalau kita nak jumpa (menghadap Sultan) sekalipun, sama
seperti apa yang ada di dalam surat itu dan Tuanku juga mempunyai
urusan yang banyak," katanya kepada Antarapos.
Sebuah akhbar hari inii melaporkan ADUN Meru, Dr Abdul Rani Osman
berkata wakil rakyat PAS dijangka akan mengadap Sultan Sharafuddin bagi
menyelesaikan isu tersebut.
Kata Abdul Rani tindakan tersebut sebagai tindak balas terhadap sikap
tidak adil Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali terhadap
mereka.
Isnin minggu lalu, PAS Selangor dilaporkan mengemukakan surat rasmi
kepada Sultan Sharafuddin bagi menjelaskan kemelut yang dihadapi wakil
rakyatnya.
Azmin kemudiannya menyifatkan tindakan itu sebagai penghinaan kepada Istana Selangor.
Sebagai respon terhadap kenyataan Azmin itu, Sallehen ketika
menyampaikan ceramah sempena 10 tahun PAS dalam pentadbiran kerajaan
negeri Selangor pada Sabtu lalu berkata. Azmin sebenarnya yang telah
menghina PAS apabila menyekat peruntukan mereka.
No comments:
Post a Comment