Thursday, March 1, 2018

Bukan Sahaja Peruntukan, Kad KISS Juga Disekat Kepada Wakil Rakyat PAS -Ustaz Sallehin

 
 


PAS Selangor beranggapan pentadbiran Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Mohamed Azmin Ali bertentangan dengan amalan demokrasi kerana bukan sahaja menyekat peruntukan, bahkah turut menyekat kad KISS diberikan kepada sesetengah ADUN PAS Pesuruhjaya PAS negeri, YB Ustaz Sallehin Mukhyi.

Kad KISS (Kasih Ibu Smart Selangor) merujuk kepada kad yang diberikan kepada rakyat Selangor untuk membeli barangan keperluan asas di kedai dan pasaraya yang berdaftar secara tanpa tunai di bawah program kebajikan khusus bagi kaum ibu di kalangan golongan berpendapatan rendah (Kumpulan B40).

“Bukan sekadar peruntukan sahaja, bahkan Kad KISS, sebahagian daripada ADUN-ADUN PAS masih belum menerimanya.

“Kita (PAS) dimaklum, memang ada arahan untuk tidak menyerahkan kad KISS itu kepada ADUN-ADUN PAS sehingga sekarang. Ada juga beberapa DUN, kad (KISS) itu diserahkan melalui Ketua Cabang PKR dan tidak diserah kepada ADUN.

“Jadi amalan ini sangat tidak demokratik dalam sebuah kerajaan,”katanya dalam sidang media di Pejabat PAS Selangor hari ini.

Ustaz Sallehin berkata amalan diskriminasi kad KISS itu juga turut berlaku di DUN Sabak yang diwakilinya.

“Macam tempat saya di Sabak Bernam, Ketua Cabang PKR yang menyerahkan Kad KISS dan bukannya ADUN,”katanya.

No comments: