Tuesday, September 26, 2017

Tun Mahathir Restu Festival Beer Diteruskan

Suara Kebenaran




Jurucakap PPBM yang enggan dikenali mengesahkan bahawa Tun Mahathir tidak menghalang Festival Beer yang dirancang sebelum ini di Kuala Lumpur, dari diadakan.  Negara ini katanya sudah lama membenarkan penganjuran acara seperti itu asal saja tidak dilakukan secara terang-terangan.

Tun Mahathir menunding jari ke atas kegagalan Najib sehingga menyebabkan isu ini menjadi kontroversi.  Penghapusan ISA telah menyebabkan ramai orang berani membangkitkan isu perkauman melalui media sosial berhubung isu ini.

Bukan rahsia, pada zaman Tun Mahathir menjadi Perdana Menteri, kelab gay juga dibenarkan untuk dibuka di Bukit Bintang.  Kelab yang dikenali sebagai Blue Boys Club ini beroperasi khusus untuk memenuhi kehendak pelancong asing dan rakyat bukan Islam yang mengamalkan homoseksual.

Chow Kit, kawasan pelacuran yang tidak asing lagi, turut dibenarkan beroperasi pada zaman Tun Mahathir sebagai Perdana Menteri.  Apalah sangat dengan Festival Beer, bukan menjejaskan apa-apa.  Beer saja pun.

Kewujudan semua tempat tersebut dalam negara Islam seperti Malaysia, tidak menjejaskan masyarakat pun kerana tujuannya dibenarkan beroperasi untuk memenuhi keperluan bukan Islam dan pelancong asing

No comments: