GEORGE TOWN: Bekas Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Muhammad
Taib digelar Tun Dr Mahathir Mohamad sebagai 'keturunan katak' kerana
kembali kepada Umno.
“Mat Tyson (Muhammad) ni keturunan katak, dia pasti lompat, lompat dari
Umno pergi PAS, lompat ke PKR, la ni dia lompat sekali lagi ke
tempurung Umno... saya hairan berapa banyak dedak yang ada dalam
mulutnya,” kata Dr Mahathir ketika berucap di hadapan sekitar 4,000
orang yang berhimpun pada majlis anjuran DAP Pulau Pinang di sini malam
tadi.
Memetik laporan FMT, Dr Mahathir mendakwa langkah Muhammad untuk kembali kepada Umno semula sebagai satu pembaziran masa.
Selepas Umno, Muhammad juga pernah menyertai PAS dan PKR sebelum
diumumkan Presiden Umno, Datuk Seri Najib Razak pada minggu lalu tentang
penyertaan semula Muhammad.
Dr Mahathir menerusi ucapannya juga menyindir sidang media Najib yang
kononnya untuk turut mengumumkan penyertaan beberapa pemimpin PKR
Selangor ke dalam Umno.
“Najib berharap untuk mendapatkan wakil PKR melompat ke Umno dengan Mat
Tyson, tetapi mereka tidak hadir. Dan Selangor masih berada di bawah
PKR dan PH,” kata beliau.
Muhammad dalam reaksinya minggu lalu mendakwa perjuangan pembangkang
tiada matlamat malah PKR juga gagal memartabatkan kepentingan untuk kaum
Melayu.
No comments:
Post a Comment