SHAH ALAM: Polis sudah melengkapkan siasatan berhubung kes letupan
mercun pada perlawanan akhir bola sepak Sukan SEA Kuala Lumpur 2017
antara Malaysia dan Thailand di Stadium Shah Alam, 4 hari lepas.
Ketua Polis Daerah Shah Alam, DCP Shafien Mamat berkata, kertas
siasatan dijangka diserahkan kepada pejabat timbalan pendakwa raya
minggu depan untuk tindakan lanjut.
Semalam, polis membebaskan pelajar lelaki berusia 16 tahun yang ditahan
susulan kejadian itu, selepas polis selesai mengambil keterangannya.
Kelmarin, Bernama melaporkan polis menahan remaja itu ketika dia sedang
beratur untuk keluar dari stadium selepas perlawanan yang menyaksikan
Thailand mempertahankan pingat emas dimenangi mereka 2 tahun lalu di
Singapura.
Polis menemui 40 biji mercun belum digunakan di rumah suspek di Klang, keesokannya.
Kes itu disiasat mengikut Seksyen 6 Akta Bahan Letupan 1957 yang
memperuntukkan hukuman penjara sehingga 7 tahun dan denda sehingga
RM10,000 jika sabit kesalahan.
No comments:
Post a Comment