Friday, September 22, 2017
Rakyat Singapura Turun Ke Jalan Raya Protes Halimah Sebagai Presiden
Jarang kita dengar rakyat Singapura turun ke jalan raya, namun dengan pelantikan Halimah Yacob sebagai Presiden Singapura kelapan, rakyat republik itu meluahkan ketidakpuasan hati mereka
Sabtu lalu, 16 September, kira-kira 3000 orang rakyat Singapura berpakaian hitam turun ke jalan raya di Hong Lim Park memprotes Halimah dipilih secara tidak demokratik sebagai Presiden serta mengkritik Perdana Menteri Lee Hsien Loong dalam mendefinisikan semula takrif Melayu.
Semasa zaman Lee Kuan Yew menjadi Perdana Menteri seseorang itu tidak boleh ditakrifkan Melayu jika mempunyai darah campuran seperti Melayu campur Arab atau Melayu campur Jawa dan mereka ini dianggap orang Arab dan Jawa untuk memisahkan lagi identiti Melayu.
Dalam kes Halimah, beliau berdarah keturunan campuran India dan sebab itu dalam kad pengenalannya identitinya dikenali sebagai ‘India’.
Namun, Perdana Menteri Lee Hsien Loong mentakrifkan Halimah sebagai ‘Melayu’ dan dipilih sebagai Presiden Singapura mewakili kelompok ras Melayu.
Penakrifan semula defisini Melayu itu telah menimbulkan polemik di kalangan rakyat kerana ia hanya terpakai kepada Halimah sahaja, sedangkan darah campuran Melayu dan Cina diketepikan.
Menurut laporan statestimesreview, demontrasi rakyat Singapura Sabtu lalu turut dihadiri bekas calon Presiden Dr Tan Cheng Bock yang kalah dengan calon PAP Tony Tan sebanyak 0.35% pada tahun 2011.
“Perdana Menteri diktator Lee Hsien Loong memerlukan seorang presiden boneka untuk mendapatkan akses percuma kepada dana rizab negara dan kumpulan wang simpanan pekerja.
“Perdana Menteri yang paling mahal di dunia juga merupakan Pengerusi GIC (Government of Singapore Investment Corporation), manakala isterinya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif Temasek Holdings, telah membuat kerugian yang tidak didedahkan sekitar puluhan bilion dalam beberapa tahun kebelakangan ini.
“Sehingga kini, hanya seorang lelaki Lee Hsien Loong yang tahu berapa banyak aset masih terdapat dalam simpanan negara dan dana kumpulan wang simpanan pekerja,” lapor portal Singapura itu.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment