Khairunnisa Kasnoon, Astro Awani
BANGI: Perlembagaan Persekutuan tidak meletakkan sesiapapun melebihi undang-undang negara, termasuk Raja-Raja Melayu.
Perkara itu termaktub dalam perlembagaan yang dengan jelas menggariskan bahawa sesiapa sahaja di negara ini boleh didakwa jika melakukan kesalahan, termasuk Raja-Raja Melayu.
Bekas Ketua Hakim Negara, Tun Abdul Hamid Mohamad memaklumkan, meskipun pada awal kemerdekaan perlembagaan meletakkan Yang Dipertuan Agong dan Raja melangkaui undang-undang seperti konsep Raja Berperlembagaan di England, namun selepas beberapa dekad, ia telah dipinda dengan perkara 182 sekaligus melihat penubuhan sebuah Mahkamah Khas.
"Tugas Mahkamah Khas ini adalah untuk membicarakan Raja-Raja termasuk Yang Dipertuan Agong, Raja Permaisuri Agong, Sultan-Sultan, Permaisuri-Permaisuri Agong jika mereka ada melakukan sesuatu kesalahan jenayah atau wujud tuntutan sivil.
"Ini satu pekara yang tidak ada di negara-negara Beraja lain yang mengamalkan konsep 'The King is above the law'," ujarnya dalam satu temubual bersama Astro AWANI.
Ikuti rakaman penuh temubual bersama Tun Abdul Hamid Mohamad.
No comments:
Post a Comment