Sunday, September 3, 2017

PRU 14 : BN ‘rombak’ model lama pengagihan kerusi ?

THE MALAYSIAN TIMES
 


KUALA LUMPUR : Kepimpinan tertinggi Barisan Nasional dijangka akan mengunakkan satu formula baru dalam seiring dengan perubahan semasa dalam sistem pengagihan kerusi dikalangan parti komponen BN bagi menghadapi Pilihanraya Umum ke – 14 nanti.

Menurut sumber dalaman Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak selaku Pengerusi BN akan mencadangkan beberapa formula politik yang drastik untuk menjenamakan semula BN bagi mengharungi cabaran PRU ke – 14 nanti.

Ketika kedudukan BN berada dalam keadaan yang lebih terbaik dari aspek strategi politik jika dibandingkan dengan parti pembangkang yang kini sudah “berpecah ” khususnya selepas tindakan berani PAS, maka BN dijangka akan memperkasakan , memperhebatkan serta memperkuatkan lagi jentrera parti itu untuk meraih kemenengan yang lebih baik jika dibandingkan dengan PRU ke – 12 dan 13.

Image result for BARISAN NASIONAL

BN juga dikatakan akan merencanakan strategi yang lebih tajam dan berbisa untuk pertandingan ‘tiga penjuru’ yang sudah hampir pasti selepas keputusan PAS tidak mahu bersama parti pembangkang yang lain.

Ramai pemerhati politik pula berpandangan , BN dijangka mempunyai peluang lebih baik dan cerah sekiranya wujud pertandingan tiga penjuru namun wujud juga persoalan hala tuju PAS tuju politik parti itu menghadapi PRU ke – 14 nanti.

Persoalan politik  yang cukup kritikal ketika ini  ialah sama ada PAS akan berkerjasama dengan UMNO  ataupun sebaliknya ?

Baru – baru ini, Ketua Penerangan UMNO, Tan Sri Annuar Musa dipetik berkata Majlis Tertinggi (MT) UMNO menyerahkan kepada presiden parti itu sama ada akan menjalinkan sebarang kerjasama dengan PAS pada pilihan raya umum akan datang.

Beliau  berkata MT memberi mandat penuh kepada Datuk Seri Najib Tun Razak membuat keputusan terhadap sebarang usaha berhubung kerjasama dengan PAS.

“Dari segi UMNO, dapat saya katakan sehingga hari ini, kita tiada buat keputusan untuk tidak bekerjasama (dengan PAS). Malah UMNO ada membuat pendirian dalam hal yang membawa kebaikan kepada rakyat, kita hendak bekerjasama,” ujarnya.

Image result for BARISAN NASIONAL

Barisan Nasional juga dikatakan akan mengkaji semula kedudukan setiap parti komponen BN yang bertanding di sesebuah kawasan secara tradisi, kuota atapun pinjaman secara bergilir – gilir bagi memastikan kemenangan yang  lebih terjamin.

“Sekiranya sesebuah parti iti sudah kalah di dua atau  PRU secara berturut – turut tanpa sebarang perkembangan positif, BN perlu bertindak secara realiti bukanya emosi. Kita perlu mara ke depan dalam satu semangat berpasukan untuk demi kemenangan BN. Adakalanya perlu wujud  situasi bertolak ansur, berkerjasama dan ‘give and take” antara satu sama lain”, kata seorang pemimpin parti komponen BN kepada The Malaysian Times (TMT).

Baru – baru ini  Ketua Pemuda UMNO Khairy Jamaluddin berkata Barisan Nasional (BN) tidak boleh menggunakan model lama pengagihan kerusi dalam menghadapi Pilihan Raya Umum ke-14 (PRU14).

Beliau yang juga Menteri Belia Dan Sukan serta Ketua Pemuda BN berkata, perikatan itu yang menerajui kerajaan pusat sejak negara merdeka 6 dekad lalu berkata, sudah sampai masanya BN menggunakan model baharu yang boleh menjamin kemenangan besar.

“Model lama pengagihan kerusi berdasarkan kepada sejarah dan sebagainya, tidak boleh pakai lagi.
“Kita kena pakai model mana kemungkinan besar boleh menang, itulah parti yang kita letak.”

Beliau berkata demikian dalam wawancara bersama Mingguan Malaysia baru – baru ini.



Khairy menjawab soalan mengenai permintaan dan saranan agar kawasan yang pengundi majoritinya Melayu diserahkan kembali kepada Umno.

“Pandangan peribadi saya adalah calon yang kita letak mestilah calon yang boleh memaksimumkan peluang kita menang di mana-mana kawasan.

“Sekiranya di kawasan itu, calon MCA yang mempunyai peluang paling tinggi untuk menang, maka patut letak calon MCA.

“Tapi kalau ada kawasan yang mana calon Umno ada peluang paling tinggi untuk menang, letak calon UMNO,” katanya.

Kata beliau, selain itu BN juga perlu mengubah prinsip soal kuota dan sebagainya.

“Kuota lama perlu diubah dengan pendekatan baharu. Itu mungkin menyebabkan Umno kena bagi 1 atau 2 kerusi dan MCA kena bagi 2 atau 3 kerusi. Kita kena lihat semulalah.

“Kita hendak tubuhkan kerajaan. Kita bukan hendak jadi calon tetapi kita hendak menang dan jadi wakil rakyat,” kata beliau sambil menambah, “mesejnya kita hendak jadi wakil rakyat, bukan hendak jadi calon.”
“Kalau kita hendak jadi calon tapi tak menang, buat apa,” ujarnya.

No comments: