KUALA LUMPUR: Seorang suspek yang ditahan bagi membantu siasatan
kebakaran Pusat Tahfiz Darul Quran Ittifaqiyah di Jalan Keramat Ujung,
dibawa ke lokasi kejadian hari ini.
Suspek lelaki itu kelihatan dibawa memasuki pusat tahfiz pada pukul 11.50 pagi oleh beberapa pegawai polis.
Polis mengesahkan lelaki itu adalah seorang daripada tujuh remaja
berumur antara 11 dan 18 tahun yang ditahan bagi membantu siasatan.
Utusan Malaysia melaporkan suspek berkenaan di bawa ke bahagian pagar
belakang serta asrama terbakar itu yang terletak di tingkat paling atas
bangunan tiga tingkat.
Selepas hampir satu jam di lokasi kejadian, suspek yang ditutup kepala,
kemudian dibawa keluar meninggalkan lokasi kejadian oleh polis.
Seramai 21 pelajar dan dua guru yang juga warden pusat tahfiz itu
terkorban akibat terperangkap di asrama tersebut dalam tragedi kebakaran
5.15 pagi.
Dalam pada itu, Unit Forensik Bukit Aman yang turut berada di lokasi
kejadian memaklumkan akan menyelesaikan kerja-kerja mengumpul maklumat
dan bukti hari ini.
Terdahulu, Unit Forensik hari ini turut melakukan pengimejan tiga dimensi (3D) di pusat tahfiz itu.
Sabtu lepas, Ketua Polis Kuala Lumpur Datuk Amar Singh Ishar Singh
mengumumkan tujuh remaja berusia antara 11 dan 18 tahun ditahan bagi
membantu siasatan berhubung kes kebakaran berkenaan.
Menurut Amar Singh, reman kesemua suspek akan tamat esok.
No comments:
Post a Comment