KUALA LUMPUR: Dewan Bandaraya Kuala Lumpur (DBKL) tetap bertegas
melarang pesta arak 'Better Beer Festival 2017' walaupun pihak penganjur
menjamin aspek keselamatannya.
Menteri Wilayah Persekutuan, Datuk Seri Tengku Adnan Tengku Mansor
menegaskan, DBKL tetap tidak akan mempertimbang semula penolakan
permohonan penganjuran pesta itu sebelum ini kerana ia bukan sahaja
menyalahi undang-undang tetapi juga akan berlaku penjualan arak di
tempat terbuka.
"Mereka boleh mengadakan pesta itu di hotel, pub atau restoran. Saya
tidak kisah. Tempat terbuka tidak akan dibenarkan," katanya kepada
pemberita selepas melancarkan Sambutan Minggu Perpaduan dan My Rukun
Negara 2017 Peringkat Kuala Lumpur serta #V4KL@Unity semalam.
Beliau berkata, aspek keselamatan perlu diletak di bawah kredibiliti
dan tanggungjawab pihak polis yang jelas turut tidak menyokong pesta
tersebut.
"Dia (penganjur) kata cukup selamat, tidak kan jadi apa-apa, itu dia
kata, tapi keselamatan rakyat tanggungjawab kerajaan, " tambahnya.
Pihak penganjur telah meminta DBKL untuk mempertimbang semula keputusan
mereka menolak program itu kerana pihak penganjur mendakwa telah
mengambil langkah keselamatan kepada para pengunjung.
Pesta itu dicadang diadakan selama dua hari mulai 6 Oktober di Publika Shopping Gallery di sini.
No comments:
Post a Comment