SHAH ALAM: Menteri Besar Selangor, Datuk Seri Azmin Ali mengambil
tindakan undang-undang terhadap Utusan Malaysia selepas akhbar itu
menerusi laporannya menyatakan beliau meluluskan penganjuran Better Beer
Festival 2017 di negeri ini.
Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan menerusi Pengarah Komunikasi
Strategiknya, Yin Shao Loong, Azmin mencabar akhbar itu membuktikan
bahawa beliau pernah mengeluarkan kenyataan sedemikian.
"Kami mencabar Utusan Malaysia untuk mengemukakan bukti bahawa beliau berkata demikian.
"Menteri Besar menuntut penarikan balik tanpa syarat, permohonan maaf
secara terbuka dan ganti rugi dari Utusan Malaysia," petik kenyataan
itu.
Difahamkan Azmin kini dalam lawatan kerja ke India, dan sudah
mengarahkan peguamnya mengeluarkan notis tuntutan undang-undang kepada
akhbar harian berbahasa Melayu itu.
Akhbar berkenaan pada muka depannya pada hari ini memaparkan tajuk utama "Azmin benar pesta arak".
Azmin semalam berkata meskipun kerajaan negeri menghormati hak kaum dan
agama lain, penganjur pesta arak tertakluk kepada peraturan pihak
berkuasa tempatan (PBT) jika mahu mengadakan di negeri itu.
Azmin bagaimanapun berkata, dirinya tidak pasti sama ada penganjur ada
membuat permohonan di peringkat majlis tempatan kerana ia tidak sampai
di peringkat negeri.
No comments:
Post a Comment